Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Thursday, May 31, 2012

Kisah Rizal

Fasha adalah seorang jurujual. Ketika sampai di sebuah rumah di kawasan satu taman perumahan dia ternampak seorang budak lelaki bermain-main di depan pintu sebuah rumah.

Fasha : Siapa nama adik?

Rizal : Nama saya Rizal, kak.

Fasha: Rizal, ibu Rizal ada di rumah tak?

Rizal : Ada, sedang menonton tv.

Setelah memberi salam dan mengetuk pintu rumah hampir 20 minit, tapi tidak mendapat sebarang jawapan dari dalam.

Fasha : Hai, Rizal. Tadi Rizal cakap ibu Rizal ada di rumah. Dan hampir 20 minit kak Fasha ketuk pintu. Tak ada jawapan pun.

Rizal : Betul kak. Mak ada di rumah. Tapi ini bukan rumah saya. Rumah saya di depan sana.




Seorang nenek ingin ke rumah kawannya di sebuah kondominium. Di pintu masuk dia bertemu seorang budak lelaki namanya, Rizal. 


"Nak, anak tahu tak di mana rumah mak cik Fasha?" tanya mak cik Janet pada Rizal. 


Dengan ramah Rizal menjawab, "Ooooo, saya tahu nek. Mari saya tolong hantarkan nenek ke rumah mak cik Fasha." 


Rizal pun mengajak mak cik Janet menaiki anak tangga menuju ke tingkat 15 kondominium tersebut dan membawanya sampai ke depan pintu rumah mak cik Fasha. 


"Ini nek. Pintu rumah mak cik Fasha." 


Dengan nafas yang masih tersekat-sekat mak cik Janet mengetuk pintu berkali-kali tetapi tidak ada jawapan. 


"Nak, macam mak cik Fasha tidak ada di rumah aje." 


"Betul nek. Mak cik Fasha ada di taman bawah tadi sedang menunggu nenek datang. Kan nenek tanya di mana rumahnya."


"Aku lesing budak ni nanti," kata mak cik Janet dalam hati.





Rizal ketika berumur 8 tahun mengikut keluarganya untuk mandi di Sunway Lagoon. Tiba-tiba dia di datangi oleh penjaga kolam renang lalu menegurnya, "Adik. Kamu tidak boleh buang air kecil di kolam renang ini. Kalau adik teruskan juga, saya akan melaporkan perbuatan adik ini kepada orang tua adik."

"Tapikan, ramai lagi yang buang air kecil dalam kolam ketika sedang berendam." 


"Mungkin juga," kata penjaga kolam, "tapi mereka tidak membuang air kecil dari papan anjal ini."


Hampeh.


 Mutiara Kata: 
Daripada Abi Hurairah R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, "Bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal yang soleh, kerana akan berlaku fitnah seperti malam yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat orang yang di sebelah paginya mukmin dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebelah petang dia mukmin dan sebelah pagi kafir dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia yang sedikit.

Monday, May 28, 2012

Harga Sebentuk Cincin



Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya.

Promoter itu bertanya, "boleh saya bantu?"

Perempuan itu menganggap promoter itu tak dengar yang dia kentut, jadi dia jawab, "berapa harga cincin ini?"

Promoter tu jawab, "kalau tengok pun puan boleh terkentut, saya pasti puan akan terberak bila tau harganya."


 Mutiara Kata: Dari Anas R.A katanya, "Akan kusampaikan kepadamu sebuah hadith yang tidak akan disampaikan orang kepadamu sepeninggalanku. Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, berlakunya (merebaknya) perzinaan dan banyaknya perempuan serta sedikitnya lelaki sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya." 

Saturday, May 26, 2012

Tajupakalee



Lepas habis presentation kat kelas tadi perut gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas. Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais. 

Selesai urusan nafkah perut, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free. Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di cari. Tetiba laptop gua prompt satu window tanya password.

"Dey mamak, sini kejap," gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soalan susah-susah kat lecturer dalam kelas. 

"Yes boss?" 

"Sini wifi apa dia punya password?" 

"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang. Boss masuk sana wifi. Sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt window mintak password. 

"Okey, mamak. Sekarang you bagi apa password." 




"Ok, boss amik ni arr. Saya cakap satu kali boss terus tulis sana. Dia punya fast-wood 'tajupakalee'." 



Style mamak tu bagi password kat gua macam nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga. 

Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee'. Dalam hati bercakap jugak, 'giler susah password mamak ni. Tinggi bahasa digunakan. Lantas gua tekan 'OK'. 

Ting tong. Laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak. 

"Dey tambi, betul ke you punya password. Tak boleh lah. Main-main lah you." 

"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar." 

"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'. Ha, you tengok salah lagi." 



Gua tengok mata mamak tu tepat-tepat sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala. 

"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik. Saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya tulis ini macam, 'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" 



Celaka betul mamak ni, boleh tahan ******* ayat dia. 

Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap, "tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul 'tujuh empat kali' boleh tak?"



 Mutiara Kata: Daripada Anas R.A katanya, "Ada dua orang adik beradik pada zaman Rasulullah S.A.W, salah seorangnya selalu berdamping dengan Rasulullah S.A.W, dan seorang lagi pergi membuat kerja, maka yang bekerja itu mengadu hal kepada Rasulullah berkenaan saudaranya itu, lalu Rasulullah menjawab: "Semoga engkau diberi rezeki dengan sebab dia."


Monday, May 21, 2012

Atuk Dan Cucu


"Mengapa kamu tak seperti kawan sebaya kamu?" seorang atuk menegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.

"Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar? Besar nak jadi apa?" atuk sambung membebel tahap tertinggi.

"Atuk asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atuk tak sama seperti kawan-kawan sebaya atuk yang lain."

"Tak sama apanyerr?"

"Kawan-kawan sebaya atuk semua dah jadi arwah kan?"

"?...?...?...?...?...?"






"Cu, pergi menyorok cepat, cikgu kamu datang nak cari kamu, sebab kamu tak pergi sekolah."

"Apa pulak? Atuk la pergi menyorok sebab saya cakap saya tak pergi sekolah sebab atuk meninggal."


Seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak lelaki membuka pintu.


"Derma apa bang?" tanya budak lelaki itu ramah.


"Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?"


"Nanti kejap. Saya ambilkan atuk saya."


"??#$%^&???"



Seorang atuk membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Si cucu yang keletah bertanya bila melihat atuknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.


“Atuk buat apa tu?”


“Atuk bagi surat kat kawan atuk, cu,” jawap atuknya.


“Apa bangang sangat kawan atuk duduk dalam tong merah tu?”

 "??%@&^@#??"






Seorang posmen datang menghantar surat di hadapan sebuah rumah. Kelihatan seorang budak lelaki membuka pintu.


”Assalamualaikum,” kata abang posmen.


”Walaikumsalam,” jawab sang cucu.


”Ni rumah encik Sameon ye?"


”Ya ni rumah atuk saya.”


”Pening kepala saya mencari alamat rumah atuk kamu ni.”


”Buat susah aje encik ni. Apasal tak pos aje?”


??!@#$%??. Ada kena sumbat mulut dengan surat-surat ni karang.



 Mutiara Kata: 
Daripada Anas RA katanya, "Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ianya lebih halus daripada rambut padahal kami di zaman Rasulullah S.A.W mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan (dosa besar)."

Friday, May 18, 2012

Mengaku Pun




FBI, Hong Kong Police Force dan PDRM masing-masing hendak membuktikan bahawa mereka adalah polis yang paling hebat dalam bab-bab menyelesaikan kes jenayah. Jadi, si President membuat satu ujian untuk mereka.


President melepaskan seekor arnab ke dalam hutan dan menyuruh mereka mencarinya.


FBI masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang-binatang sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok-pokok dan batu-batu yang ada di dalam hutan. Selepas penyiasatan yang memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yang arnab itu tidak wujud.


Sampai giliran Hong Kong Police Force pula. Selepas dua minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dalamnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yang sudah nasib si arnab tadi untuk mati di dalam hutan itu.


Giliran PDRM pula yang masuk. Mereka keluar dua jam selepas itu dengan seekor beruang yang dah lembik lunyai sebab kena pukul. Beruang itu menjerit, "OK, OK. Aku arnab, aku arnab."

 Mutiara Kata: Dari Abu Hurairah R.A katanya, Fatimah meminta kepada Nabi S.A.W seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab Nabi S.A.W: "Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur."

Dilamar Abang Saadon



Saleha mencurahkan perasaannya kepada ibunya.

"Mama, abang Saadon sangat sayang dengan saya. Minggu lepas dibelikan handphone baru dan kereta baru. Minggu ini dia menghadiahkan rumah kepada saya di perumahan yang elit. Kelmarin abang Saadon melamar saya, dan saya harus menjawabnya hari ini. Apa yang harus saya jawab, mama?"

Ibunya yang mendengarkan penerangan anaknya itu berkata, "Saleha, kamu harus lihat orangnya dulu, kamu kan baru kenal 3 bulan. Cara yang paling senang adalah dengan melihat ayahnya, kerana buah tidak akan jatuh jauh dari pohonnya. Kekasihmu itu 30 tahun lagi akan menjadi seperti ayahnya."


Saleha menjawab, "mama, saya tahu itu adalah petua lama yang turun temurun diberikan nenek kepada mama kan?  Sayangnya abang Saadon tidak akan bertahan selama itu, umurnya sekarang sudah 65 tahun."

Mutiara Kata: Dari Anas R.A katanya: Beberapa orang sahabat Nabi S.A.W bertanya kepada para isteri baginda tentang amal ibadah baginda ketika sedang bersunyi diri (sendirian). Setelah mendapat jawapan, maka di antara para sahabat itu ada yang berkata: "Aku tidak akan berkahwin." Sebahagian lagi berkata: "Aku tidak akan makan daging." Yang lain pula berkata: "Aku tidak akan tidur di atas kasur (tempat perbaringan)." Mendengar ucapan para sahabat itu, Nabi S.A.W serta merta memuji Allah S.W.T, lalu baginda bersabda: "Bagaimanalah cara mereka berfikir sehingga mereka bercakap begini dan begitu. Padahal aku sendiri solat, tidur, puasa, berbuka bahkan aku bernikah. Sesiapa yang benci kepada cara hidup (sunnahku) maka dia tidak termasuk golonganku."


Wednesday, May 16, 2012

Si Bedul Yang Lurus Bendul


Pak Mat seorang duda kematian isteri, ada anak nama Bedul yang lurus bendul. Tahap maksima kebendulannya. Pak Mat susah hati mengenangkan jika dia mati esok siapa nak tengok-tengokkan si Bedul. 


Keputusan diambil untuk mengahwinkan si Bedul dengan seorang 'andalusia' bernama Minah.

"Bedul, bapak nak kawinkan kau dengan Minah. Setuju tak?"
 
"Ikut suka bapak lah. Saya mengikut saja," kata Bedul selamba walaupun dia tak tahu apa itu kahwin.
 
Dipendekkan cerita maka berkahwinlah Bedul dengan Minah.

Pak Mat pening memikirkan macam mana nak ajar Bedul apa-apa yang perlu dibuat bila tidur dengan Minah sebab si Bedul, lurus bendul.
 
Pada malam pertama sebelum masuk bilik, Pak Mat bisik ke telinga Bedul.
 
"Bedul, sebelum tidur kau buka baju Minah."
 
"Baik, pak."
 
Keesokan pagi masa bersarapan Pak Mat tengok muka Minah masam mencuka lalu sambil berbisik dia bertanya Bedul, "kau dah buat macam mana yang bapak ajar?"
 
"Sudah, pak. Saya buka baju dia."
 
"Lepas tu kau buat apa?"
 
"Saya tidur."
 
Pak Mat garu kepala.

"Malam ni lepas kau buka baju Minah, kau selak kain kau ya."

"Baik, pak."
 
Malam berlalu. Keesokan pagi, masa sarapan Pak Mat tengok Minah masam mencuka.
 
"Kau buat apa yang bapak ajar malam tadi Dol?"
 
"Dah, pak."
 
"Kau buat macam mana?"
 
"Lepas buka baju Minah saya selak kain saya."
 
"Lepas tu?"
 
"Lepas tu saya tidur."

Pak Mat merungut-rungut kerana kebendulan melampau si Bedul.

"Bedul, malam ini lepas kau buka baju Minah dan selak kain engkau, kau masukkan anu engkau dalam anu Minah tau."

"Baik, pak."

Besok paginya Minah tak keluar sarapan sebagaimana biasa. Pak Mat tersenyum memikirkan tentang keberkesanan ajarannya kepada Bedul. Tiba-tiba dia nampak Minah dengan wajah yang lagi masam dari semalam. Sambil berjalan dihentak kakinya kuat-kuat.
 
Pak Mat pandang Bedul.
 
"Kau dah buat macam bapa ajar malam tadi Dol?"

"Dah, pak."

"Kau buat macam mana?"
 
"Saya buka baju Minah, saya selak kain saya dan masukkan anu saya ke dalam anu Minah."
 
"Bagus. Lepas tu?"
 
"Lepas tu saya tidur."

Pak Mat betul-betul bengang dengan si Bedul. Takkan yang itu pun dia nak ajar jugak. Lebih baik dia sahaja  yang kahwin dengan Minah. Seharian dia mundar-mandir mencari idea. Last- last idea pun datang dan dia pun bisikkan ke telinga Bedul.

"Bedul, bapak nak tolong engkau, tapi bapak tak boleh sebilik dengan engkau. Bapak kat luar pintu saja. Macam ni. Lepas kau buka baju Minah, kau selak kain engkau dan lepas kau masukkan anu engkau dalam anu Minah kau tunggu bapak bunyikan botol. Bunyi pertama kau sorong anu kau dan bunyi kedua kau tarik anu engkau. Begitulah seterusnya, faham?"
 
"Faham, pak. Janji bapak tolong Bedul ya."
 
Malam menjelang, Bedul sudah sedia menunggu bunyi botol.

Pak Mat berada di luar pintu, setelah pasti Bedul dah bersedia dia pun TOING” ketukan pertama. Bedul pun sorong, TOING” ketukan kedua Bedul pun tarik. Begitulah kerja Pak Mat. Dia terdengar rengekan dari Bedul dan Minah.

Dia berasa seronok kerana berjaya membuatkan Bedul bertindak sebagai seorang suami sejati. Last- last dia terdengar Bedul menjerit, "bapak, boleh lajukan ketuk botol tu tak? Apasal lembab sangat?"

Pak Mat : #$%^*&)(*_)+++


 Mutiara Kata: Daripada Abu Sa'id Al-Khudriy R.A daripada Nabi S.A.W sabdanya, "Sebaik-baik perjuangan  ialah bercakap  benar di sisi sultan (pemerintah) yang zalim." (HR Abu Daud dan Tirmizi)

Sunday, May 13, 2012

Tumpang Berteduh



Malam itu, ada seorang pemuda yang baru pulang dari tempat kerja terpaksa menumpang teduh di sebuah rumah yang hanya dihuni oleh seorang ibu dan anak perempuannya kerana hujan dengan deras membasahi bumi. Kerana dilihat di luar ada seorang laki-laki, ibu itu pun memberanikan diri untuk bertanya kepada pemuda itu.

"Nak, dari mana?"

"Maaf mak cik, saya cuma menumpang berteduh di rumah mak cik. Setelah hujan berhenti nanti saya akan pulang."

"Oh begitu. Tiada apa-apa."

Kerana ibu itu yakin pemuda itu orang yang baik, dia pun mempelawa pemuda itu masuk ke dalam rumah. Kerana di luar hujan masih lebat dan malam pun sudah semakin larut, ibu itu memberanikan diri untuk membenarkan pemuda tidur semalam di rumahnya.

Mendengar ajakan ibu itu, dengan malu-malu (tapi mahu) si pemuda itu pun tidak keberatan untuk sekadar menumpang barang semalam di rumah itu, apalagi ibu itu punya anak perempuan yang cukup cantik. Lagipun kebetulan di rumah itu masih ada satu bilik kosong.



Ibu dan anak perempuannya bergegas mengemas bilik kosong itu, sementara si pemuda itu ditinggalkannya di ruang tamu.

Selang beberapa minit kemudian, ibu dan anaknya kembali ke ruang tamu untuk menemui pemuda tadi. Betapa terkejutnya mereka kerana pemuda itu sudah tidak ada lagi. Ibu dan anaknya saling berpandangan, rasa takut mula menghantui mereka berdua siapa tahu kalau si pemuda tadi bukan orang tapi jelmaan makhluk ghaib. Hujan yang semakin deras dan kilat yang saling menyambar menambah ketakutan mereka. Sedang mereka dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan pula oleh si pemuda tadi yang tanpa dijemput masuk kembali ke dalam rumah dalam keadaan basah kuyup. Tanpa berfikir panjang walaupun masih ada rasa takutnya, ibu itu pun bertanya kepada si pemuda.

"Nak, dari mana basah kuyup ni?"

"Maaf mak cik, saya pulang dulu ke rumah ambil bantal dan selimut."



 Mutiara Kata: Daripada Abdullah R.A katanya Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak halal darah seorang muslim yang mengakui bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mengakui aku Rasulullah, melainkan dengan tiga perkara: 1) Seorang janda yang berzina, 2) Seorang pembunuh yang harus dibunuh, 3) Seorang yang keluar dari agamanya (Islam), lalu dia berpisah dari jamaah muslimin." 

Friday, May 11, 2012

Tingkap Pecah



Seorang budak lelaki yang sedang bermain bola bersendirian, menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. 


Dia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya. Beberapa minit kemudian, budak itu mengetuk pintu rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”


Setengah jam kemudian muncul di depan pintu rumah wanita itu seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata kepada wanita tersebut, “maaf, saya mahu membetulkan tingkap anda.” 


Wanita itu mempersilakan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak lelaki itu meminta bolanya kembali. Wanita itu memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. 


Budak itu meminta diri untuk pulang. Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. 


Wanita itu terkejut dan berkata, “bukankah anda ayahnya?”


Lelaki itu kembali menyoal, “apa? Bukankah anda ibunya?”


 Mutiara Kata: Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi Binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi S.A.W bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat."

Thursday, May 3, 2012

Pensyarah VS Guru


Seorang pensyarah Universiti dan seorang guru duduk bersebelahan di dalam keretapi.

Kerana perjalanan yang panjang, pensyarah berasa bosan lalu bersuara kepada guru yang berada di sebelahnya.

"Saya bagi satu soalan kalau awak tak dapat jawab awak bagi saya RM5 dan awak tanya saya satu soalan kalau saya tak dapat jawab saya bagi awak RM5, setuju."

Si guru berfikir seketika tetapi apabila memikirkan dia adalah pensyarah universiti mestilah lebih bijak daripadanya. Dengan sopan dia menolak pelawaan si pensyarah. Si pensyarah agak geram dan kecewa dan cuba untuk kali terakhir.

"Okey kalau camtu macam ni. Saya bagi satu soalan kepada awak. Awak tak dapat jawab awak bayar saya RM5 dan awak bagi soalan kat saya kalau saya tak dapat jawab saya kena bayar awak RM50."

Si guru berfikir. Dia sememangnya tidak terlalu bijak dari pensyarah tetapi dia tidak bodoh. Lalu menerima perlawaan si pensyarah. Si pensyarah memulakan soalannya. 

"Berapakah jarak antara bumi ke bulan dan ke planet marikh balik ke bumi."

Si guru sememangnya tidak mengetahui jawapannya. Tanpa berfikir panjang jawapannya si guru terus memberikan RM5 kepada si pensyarah. Si pensyarah tersenyum gembira lalu berkata, "sekarang giliran kamu pula. Tanyalah apa-apa soalan pun."

Si guru berfikir sejenak lalu berkata, "erm, ok. Soalannya. Apa benda yang naik ke gunung berkaki 3 tetapi apabila turun dari gunung berkaki empat."

Si pensyarah berkerut seketika memikirkan jawapannya. Lalu mengeluarkan notepad untuk mengira sesuatu. Tidak juga mendapat jawapan. Dia membuka laptopnya surfing ke enklopedia tetapi tidak juga mendapat jawapan. Setelah hampir sejam masih tidak mendapat jawapan, si guru naik bosan menunggu menyambung termenung melihat permandangan di luar keretapi.

Akhirnya si pensyarah berputus asa lalu mengeluarkan duit sebanyak RM50 dan memberikan kepada si guru. Si guru menyambutnya dengan girang. Lalu terus memandang ke arah tingkap dan menyambung tenungannya melihat permandangan di luar.

Tiba-tiba si pensyarah bersuara, "nanti dulu. Kamu tidak boleh buat saya macam ni. Apakah jawapan kepada soalan kamu tadi?"

Si guru melihat tenang ke arah si pensyarah lalu menghulurkan kepadanya RM5.

 Mutiara Kata: Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya, "Tidak ada keberanian yang paling di sukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T akan mengisi dadanya dengan keimanan."                

Wednesday, May 2, 2012

Promoter Bijak


Pada suatu hari di sebuah hypermarket, Ajoi memulakan tugas sebagai promoter buat pertama kalinya.

Supervisor : Ajoi, ini hari pertama kamu. Petang ini saya akan nilai prestasi kamu. Anggap hari ini sebagai tempoh percubaan kamu. Jika kamu gagal, kamu akan dipecat. Faham?

Ajoi : Faham encik. Saya akan berusaha sekuat mungkin hari ini.

Dipendekkan cerita, maka tamatlah syif Ajoi pada hari itu.

Supervisor : Ha! Ajoi, apa yang kamu dah jual hari ni?

Ajoi : Oh, hari ini saya dah jual satu mata kail encik.

Supervisor : Sepanjang hari kamu kerja, hanya 1 mata kail yang kamu jual? (kata supervisor dalam nada marah)

Ajoi : Kejap encik, saya belum habis cerita lagi. Tadi ada seorang lelaki nak beli mata kail. Jadi saya jual kepadanya sebungkus mata kail kita yang paling mahal. Selepas itu saya tanya padanya, dia ada joran yang kuat atau tidak. Jadi saya telah jual padanya joran kita yang paling bagus sekali. Kemudian, saya cadangkan padanya untuk memadankan joran yang mahal itu dengan mesin yang canggih. Jadi saya jual padanya pakej mesin dan tali berkuasa tinggi kita padanya.

Supervisor : Ha??!! Biar betul.

Ajoi : Belum habis lagi encik. Selepas itu, saya tanya padanya dia ada bot tak untuk pergi memancing? Dia kata takde. Jadi saya juallah bot mewah yang kita ada bersama enjin berkapasiti tinggi itu. Kemudian saya sarankan padanya agar membeli kereta pacuan 4 roda yang kita ada untuk menarik bot dan memudahkannya pergi memancing di tempat yang ekstrem. Akhir sekali saya jual padanya set perkhemahan kelas pertama yang kita ada kepadanya untuk keselesaan pelanggan itu memancing. Itu sahaja yang saya jual pada hari ini encik.

Supervisor : Ha?!! Kamu jual semua itu kepada pelanggan yang hanya mahu beli mata kail?

Ajoi : Taklah encik. Pelanggan itu bukannya nak beli mata kail. Dia cuma datang nak beli puting susu anaknya yang baru lahir. Saya katakan padanya, "Encik, memandangkan isteri encik baru bersalin dan berada di kampung, apa kata encik pergi memancing?"

Selepas itu, Ajoi diterima bekerja dan menjadi pekerja terbaik setiap tahun.




 Mutiara Kata: Daripada Abu Abdul Rahman Zaid Bin Khalid Al-Juhainy RA katanya, Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang telah menyediakan kelengkapan orang yang berperang fisabilillah sesungguhnya samalah seperti dia sendiri pergi berperang, dan sesiapa yang mengganti orang yang keluar berperang untuk menjaga anak isterinya maka sesungguhnya samalah seperti dia sendiri pergi berperang."