President melepaskan seekor arnab ke dalam hutan dan menyuruh mereka mencarinya.
FBI masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang-binatang sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok-pokok dan batu-batu yang ada di dalam hutan. Selepas penyiasatan yang memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yang arnab itu tidak wujud.
Sampai giliran Hong Kong Police Force pula. Selepas dua minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dalamnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yang sudah nasib si arnab tadi untuk mati di dalam hutan itu.
Giliran PDRM pula yang masuk. Mereka keluar dua jam selepas itu dengan seekor beruang yang dah lembik lunyai sebab kena pukul. Beruang itu menjerit, "OK, OK. Aku arnab, aku arnab."
Mutiara Kata: Dari Abu Hurairah R.A katanya, Fatimah meminta kepada Nabi S.A.W seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab Nabi S.A.W: "Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur."
|
No comments:
Post a Comment