Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Wednesday, May 2, 2012

Promoter Bijak


Pada suatu hari di sebuah hypermarket, Ajoi memulakan tugas sebagai promoter buat pertama kalinya.

Supervisor : Ajoi, ini hari pertama kamu. Petang ini saya akan nilai prestasi kamu. Anggap hari ini sebagai tempoh percubaan kamu. Jika kamu gagal, kamu akan dipecat. Faham?

Ajoi : Faham encik. Saya akan berusaha sekuat mungkin hari ini.

Dipendekkan cerita, maka tamatlah syif Ajoi pada hari itu.

Supervisor : Ha! Ajoi, apa yang kamu dah jual hari ni?

Ajoi : Oh, hari ini saya dah jual satu mata kail encik.

Supervisor : Sepanjang hari kamu kerja, hanya 1 mata kail yang kamu jual? (kata supervisor dalam nada marah)

Ajoi : Kejap encik, saya belum habis cerita lagi. Tadi ada seorang lelaki nak beli mata kail. Jadi saya jual kepadanya sebungkus mata kail kita yang paling mahal. Selepas itu saya tanya padanya, dia ada joran yang kuat atau tidak. Jadi saya telah jual padanya joran kita yang paling bagus sekali. Kemudian, saya cadangkan padanya untuk memadankan joran yang mahal itu dengan mesin yang canggih. Jadi saya jual padanya pakej mesin dan tali berkuasa tinggi kita padanya.

Supervisor : Ha??!! Biar betul.

Ajoi : Belum habis lagi encik. Selepas itu, saya tanya padanya dia ada bot tak untuk pergi memancing? Dia kata takde. Jadi saya juallah bot mewah yang kita ada bersama enjin berkapasiti tinggi itu. Kemudian saya sarankan padanya agar membeli kereta pacuan 4 roda yang kita ada untuk menarik bot dan memudahkannya pergi memancing di tempat yang ekstrem. Akhir sekali saya jual padanya set perkhemahan kelas pertama yang kita ada kepadanya untuk keselesaan pelanggan itu memancing. Itu sahaja yang saya jual pada hari ini encik.

Supervisor : Ha?!! Kamu jual semua itu kepada pelanggan yang hanya mahu beli mata kail?

Ajoi : Taklah encik. Pelanggan itu bukannya nak beli mata kail. Dia cuma datang nak beli puting susu anaknya yang baru lahir. Saya katakan padanya, "Encik, memandangkan isteri encik baru bersalin dan berada di kampung, apa kata encik pergi memancing?"

Selepas itu, Ajoi diterima bekerja dan menjadi pekerja terbaik setiap tahun.




 Mutiara Kata: Daripada Abu Abdul Rahman Zaid Bin Khalid Al-Juhainy RA katanya, Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang telah menyediakan kelengkapan orang yang berperang fisabilillah sesungguhnya samalah seperti dia sendiri pergi berperang, dan sesiapa yang mengganti orang yang keluar berperang untuk menjaga anak isterinya maka sesungguhnya samalah seperti dia sendiri pergi berperang."

No comments:

Post a Comment