Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Friday, May 11, 2012

Tingkap Pecah



Seorang budak lelaki yang sedang bermain bola bersendirian, menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. 


Dia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya. Beberapa minit kemudian, budak itu mengetuk pintu rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”


Setengah jam kemudian muncul di depan pintu rumah wanita itu seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata kepada wanita tersebut, “maaf, saya mahu membetulkan tingkap anda.” 


Wanita itu mempersilakan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak lelaki itu meminta bolanya kembali. Wanita itu memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. 


Budak itu meminta diri untuk pulang. Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. 


Wanita itu terkejut dan berkata, “bukankah anda ayahnya?”


Lelaki itu kembali menyoal, “apa? Bukankah anda ibunya?”


 Mutiara Kata: Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi Binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi S.A.W bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat."

No comments:

Post a Comment