Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Thursday, May 3, 2012

Pensyarah VS Guru


Seorang pensyarah Universiti dan seorang guru duduk bersebelahan di dalam keretapi.

Kerana perjalanan yang panjang, pensyarah berasa bosan lalu bersuara kepada guru yang berada di sebelahnya.

"Saya bagi satu soalan kalau awak tak dapat jawab awak bagi saya RM5 dan awak tanya saya satu soalan kalau saya tak dapat jawab saya bagi awak RM5, setuju."

Si guru berfikir seketika tetapi apabila memikirkan dia adalah pensyarah universiti mestilah lebih bijak daripadanya. Dengan sopan dia menolak pelawaan si pensyarah. Si pensyarah agak geram dan kecewa dan cuba untuk kali terakhir.

"Okey kalau camtu macam ni. Saya bagi satu soalan kepada awak. Awak tak dapat jawab awak bayar saya RM5 dan awak bagi soalan kat saya kalau saya tak dapat jawab saya kena bayar awak RM50."

Si guru berfikir. Dia sememangnya tidak terlalu bijak dari pensyarah tetapi dia tidak bodoh. Lalu menerima perlawaan si pensyarah. Si pensyarah memulakan soalannya. 

"Berapakah jarak antara bumi ke bulan dan ke planet marikh balik ke bumi."

Si guru sememangnya tidak mengetahui jawapannya. Tanpa berfikir panjang jawapannya si guru terus memberikan RM5 kepada si pensyarah. Si pensyarah tersenyum gembira lalu berkata, "sekarang giliran kamu pula. Tanyalah apa-apa soalan pun."

Si guru berfikir sejenak lalu berkata, "erm, ok. Soalannya. Apa benda yang naik ke gunung berkaki 3 tetapi apabila turun dari gunung berkaki empat."

Si pensyarah berkerut seketika memikirkan jawapannya. Lalu mengeluarkan notepad untuk mengira sesuatu. Tidak juga mendapat jawapan. Dia membuka laptopnya surfing ke enklopedia tetapi tidak juga mendapat jawapan. Setelah hampir sejam masih tidak mendapat jawapan, si guru naik bosan menunggu menyambung termenung melihat permandangan di luar keretapi.

Akhirnya si pensyarah berputus asa lalu mengeluarkan duit sebanyak RM50 dan memberikan kepada si guru. Si guru menyambutnya dengan girang. Lalu terus memandang ke arah tingkap dan menyambung tenungannya melihat permandangan di luar.

Tiba-tiba si pensyarah bersuara, "nanti dulu. Kamu tidak boleh buat saya macam ni. Apakah jawapan kepada soalan kamu tadi?"

Si guru melihat tenang ke arah si pensyarah lalu menghulurkan kepadanya RM5.

 Mutiara Kata: Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya, "Tidak ada keberanian yang paling di sukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T akan mengisi dadanya dengan keimanan."                

No comments:

Post a Comment