Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Sunday, August 26, 2012

Nama Anak Hasil Gabungan Nama Ayah dan Ibu


Ada empat orang ibu-ibu yang hamil sedang berbual kosong di sebuah klinik kerajaan.

“Saya ingin menamakan anak saya Syawal. Kerana ibunya bernama Syamimi, bapanya nama Awal,” kata ibu pertama. 

Lalu ibu kedua berkata, “saya hendak namakan bayi saya Karimi. Sebab bapaknya suka makan kari dan saya suka makan mee.”

Ibu ketiga kelihatan tidak mahu kalah dan berkata, “saya pula mahu letakkan nama anak saya Zizan. Biar jadi artis. Kerana ibunya bernama Azie, bapanya bernama Afzan.”  

Ibu yang keempat diam sahaja. Lalu ditanya oleh ketiga-tiga ibu hamil yang lain, “kenapa kamu diam saja?”  

Ibu keempat pun menjawab, “Ehhm! Saya pun dok tengah raplah. Suami saya namanya Yahaya dan saya Mahani. Takkan anak nak dinamakan YAMAHA.” 





Mutiara Hikmah: Daripada Ummi Kulsum Binti ‘Uqbah Bin Abu Mu’ait R.A katanya, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia untuk kebaikan atau mengatakan sesuatu yang baik.”     Terdapat tambahan dalam riwayat Muslim, Ummi Kulsum berkata, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah memberi kelonggaran memperkatakan sesuatu yang dusta, dalam 3 keadaan: Peperangan, mendamaikan antara manusia dan bicara suami kepada isterinya begitu juga bicara isteri kepada atau dengan suaminya: seperti katanya tidak ada orang yang lebih aku sayang daripadamu.” 

Wednesday, August 22, 2012

Pengajaran Buat Gadis-Gadis



Teman saya ini (katakanlah namanya Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dan salah seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (kita sebut saja namanya Andy).   

Ema sangat mengkagumi profil dan karakter Andy. Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang, sikap yang profesional dan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu).   

Ema pula adalah seorang wanita yang memiliki segala yang diidamkan oleh seorang lelaki, bentuk tubuh yang sempurna, paras yang cantik, fikiran matang serta bijak, berpewatakan ceria dan suka tersenyum.  

Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai menyayangi Andy lebih dari team partner dan Ema membiarkan saja perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan. Semakin hari dia semakin jatuh hati kepada Andy.  

Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal peribadi mencampuri urusan pejabat membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.  

Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi ke beberapa lokasi di seluruh negara. Inilah ceritanya.  

Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar Butterworth, Perak, Kedah dan Perlis.  

Dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien.  

Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan dua kamar tetapi kerana hanya ada satu kamar maka dia meminta pendapat Ema. Kerana memang sudah sangat penat Ema setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Ema agak ‘sedikit senang’ dengan keadaan darurat tersebut).  

Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela kamar. Masalahnya, kamar tersebut hanya memiliki satu ranjang berukuran panjang dan tidak memiliki kerusi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di lantai. Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan.  

Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy adalah suami orang.

Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat di‘admire’kannnya.   Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan kerana katilnya memang kecil.   

Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy, “Abang Andy, Ema kesejukan. Boleh tak minta tolong jendelanya ditutup saja?”   

Andy tidak langsung menjawab dan Ema berfikir Andy sudah tertidur sehingga dia berkata lagi, “Abang Andy..”   

Kali ini Andy langsung menjawab, “Ema, kamu kesejukan ya? MAHUKAH KAMU MALAM INI BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?”   

Jantung Ema terasa berhenti berdetik. Jantungnya langsung gemuruh mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati dia bertanya, “Maksud abang Andy?”    

“Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu, seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya di rumah?” 


Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan untuk seseorang memperolehi sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun perbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”  [Riwayat Abu Daud] 

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya



Kami bagi pihak lawakpecahpanggung.blogspot.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengunjung dan pembaca setia yang sentiasa menyokong Lawak Pecah Panggung. Terima kasih atas sokongan anda. Selamat Hari Raya. Minal Aidil Wal Faizin.


Monday, August 13, 2012

Papan Tanda Agar Memandu Dengan Perlahan


Di gerbang sebuah kompleks ada papan tanda bertuliskan:  “AWAS KURANGKAN LAGU, TEMPAT ORANG AWAM MELINTAS.” 

Tetapi pemandu tetap saja memandu dengan laju.  

Kerana papan tanda tersebut tidak dipatuhi pemandu maka pihak berwajib membuat papan tanda yang lain:  "KURANGKAN LAJU. MURID-MURID SEKOLAH MELINTAS 200 DI METER HADAPAN.”   

Ternyata papan tanda itu pun tak diendahkan juga.  

Namun pihak berwajib masih ada idea, dipasangnya papan tanda baru dengan tulisan:  “AWAS PANDU PERLAHAN-LAHAN, BANYAK PEREMPUAN TELANJANG MELINTAS DI HADAPAN.”   

Dan ternyata.  

Sejak papan tanda itu dipasang, tidak ada lagi yang berani memandu laju di jalan. Bahkan mereka kelihatan sangat sopan dan waspada, mereka selalu melihat ke kiri dan kanan, terhendap-hendap ketika memandu.



Mutiara Hikmah: Dari Anas Bin Malik R.A katanya, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.”  [Muslim] 


Wednesday, August 8, 2012

Perbualan Melalui Telefon Daripada


Seorang lelaki Inggeris telah menelefon ke sebuah hotel lima bintang di daerah Bali dan diangkat oleh seorang penyambut tetamu lelaki warga Indonesia.  

“What is your last name?” tanya lelaki Inggeris itu memulakan perbualan.  

“I'm sorry.”   

“You don't have to sorry. And what is your first name?” tanya lelaki Inggeris itu lagi.  

Orang Indonesia itu menjawab, “You don't know.”  

“Off course I don't know, that's why I ask you. And your middle name?”   

“Funny.”   

Akhirnya lelaki Inggeris itu marah dan menutup telefon.  

Orang Indonesia kelihatan sedikit bingung, sambil memandang nama di name tagnya sendiri: ‘Yudono Fani Amsori.’




Mutiara Hikmah: Abu Mas'ud iaitu 'Uqbah bin 'Amral-Anshari Al-Badri R.A., katanya: "Rasulullah S.A.W. bersabda: "Barangsiapa yang memberikan petunjuk atas kebaikan, maka baginya adalah seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu." [Riwayat Muslim]



Tuesday, August 7, 2012

Mampu Atau Al-Mampusi


Sidang teh tarik kami tengah malam semalam dihangatkan dengan pengakuan seorang rakan, “aku dah berkali-kali cuba bagi tau isteri aku yang aku ni ada ‘girlfriend’ tapi dia buat tak tahu, dia buat dhek aje.”    

Aikkk? Macam mana tu? Betui ka dia buat tak tahu? Kalau betui, petua apa yang hang pakai? Boleh hang tolong ajar kami?” sambut seorang rakan dengan nada yang sangat teruja.    

Kawan yang pertama itu berkata, “soal aku sayang perempuan lain ni, tiap-tiap hari aku bagi tau dia. Setiap kali berSMS, dia akan bagi tau aku, I luv U. Aku pun balas I luv U 2. Aku tak tulis ‘too’ tapi sengaja tulis ‘2’ supaya dia faham yang aku sudah pun menduakan dia.  Tapi itulah yang aku hairan, dia boleh buat tak tahu sedangkan aku sudah pun berterus terang, selain dia, ada lagi perempuan yang aku sayang.”  

Kami semua ‘bantai’ ketawa mendengar pengakuan rakan saya itu. Saya sendiri tidak tahu nak kata apa, melainkan hanya ketawa.    

Saya kurang pasti sama ada rakan saya itu cuba berhelah dengan isterinya, ataupun berterus terang dengan isterinya. Dan lagi, kami turut menyangka dia berkata benar apabila memberitahu isterinya tidak kisah atau buat tidak tahu dengan apa yang dia beritahu.

Hang jangan dok syok sendiri la, bro. Kalau hang betul-betul berani, hang cakap terus terang dengan bini hang, aku nak tengok,” kata saya, sengaja mencabar.    

Apa yang dikisahkan oleh rakan saya, itu adalah helah berbahasa semata-mata. Helah berbahasa tidak ada kena mengena dengan soal berani ataupun sikap jujur dan mahu berterus terang.  

Helah berbahasa bagaimana pun tidak boleh dianggap sebagai bohong. Apa yang penting ialah bagi pihak yang menerima mesej itu, sama ada dapat atau tidak ‘menangkap’ apa yang mahu disampaikan.    

Setelah reda sedikit ketawa kami mendengar cerita rakan itu, seorang lagi rakan pula ambil alih sidang dengan cerita apa yang berlaku antara dia dengan, isterinya.  

Menurut kawan yang kedua itu, pada suatu petang, tatkala dia dan isterinya duduk menghadap cawan teh dan pisang goreng, datang mood dia hendak bergurau ‘kasar’ dengan isterinya.  

Maka, dia pun bérkata: “Orang lelaki, kalau hanya ada satu isteri, sebenarnya masih tak cukup syarat.”    

“Tak cukup syarat? Apa pasal pulak?” tanya si isteri terpinga-pinga.    

Menyedari pancingnya sudah mengena, kawan saya itu menyambung, “Memanglah tak cukup syarat. Nama pun is three, mestilah tiga. Kalau is one baru satu, is two masih tak cukup. Hanya is three baru cukup.”    

Yakin hujahnya itu masih boleh dilanjutkan untuk menyampaikan maksudnya yang sebenar kerana apa yang saya tahu, dia sememangnya berhajat malah sudah ada calon pun yang memungggu.  

Kawan saya itu tidak dapat menahan ketawa kerana berasa dirinya sudah menang dalam pusingan yang pertama itu.  

Namun dia tidak sedar isterinya itu sebenarnya jauh lebih bijak.    

“Ok, abang tahu bahasa Inggeriskan? Dalam grammar (tata bahasa) bahasa Inggeris, ada singular (tunggal), ada plural (lebih daripada satu). Kalau singular macam mana abang, apa beza singular dengan plural?”   

Maka dijawab oleh si suami dengan penuh yakin, “kalau singular, tak ada ‘s’. Kalau plural, ada ‘s’.”    

Okey, pandai pun abang ingatkan dah lupa.”    

Maka tersengih-sengihlah si suami. Sebagaimana yang diakuinya kepada kami, mendengar pujian itu.    

Berkata pula si isteri, “Sekarang abang ada berapa isteri?”   

“Satu.”   

“Abang mampu atau tidak?”    

“Mampu apa? Sara awak? Tentulah mampu. Ada awak rasa tak cukup apa-apa lagi?”    

“Tidaklah. Saya tanya abang mampu atau tidak? Maknanya abang mampulah, ye?”   

Ye, abang mampu.”   

Okey, sekarang isteri abang ada berapa?” tanya isterinya lagi.    

“Tanya lagi, satulah,” jawab si suami.    

“Okey, satu, mampu tidak ada ‘s’ kan? Kalau lebih daripada satu?”    

“Alamak! MAMPUS.”


Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.” Riwayat Ibnu Hibban


Friday, August 3, 2012

Doktor Dan Pesakitnya





"Doktor, sejak kebelakangan ini badan saya sering sahaja timbul gejala penyakit yang agak aneh, harap doktor dapat bantu mendiagnosisnya," kata seorang pesakit pada awal pagi di sebuah klinik swasta.

"Pertama sekali, setelah saya amati daya penglihatan kamu seperti kurang baik," kata doktor.

"Tunggu sebentar, bagaimana doktor mengetahuinya? Doktor masih belum melakukan sebarang pemeriksaan."

"Apakah kamu sewaktu melangkah masuk tak melihat papan yang terpampang di luar, klinik yang kamu kunjungi sekarang adalah klinik haiwan."




Mutiara Hikmah: Diriwayatkan dari Ibnu Umar R.A, Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Di dalam tidurku, aku melihat mangkuk penuh susu diberikan kapadaku dan aku meminumnya hingga membasahi sebahagian jemari ku. Kemudian aku memberikan sisanya kepada Umar Bin Al-Khattab.” Para sahabat nabi S.A.W bertanya: “Apakah tafsiran anda (terhadap mimpi itu) ya Rasulullah S.AW.?” Nabi S.A.W menjawab: “Itulah ilmu (agama).”