Ada empat orang ibu-ibu yang hamil sedang berbual kosong di sebuah klinik kerajaan.
“Saya ingin menamakan anak saya Syawal. Kerana ibunya bernama Syamimi, bapanya nama Awal,” kata ibu pertama.
Lalu ibu kedua berkata, “saya hendak namakan bayi saya Karimi. Sebab bapaknya suka makan kari dan saya suka makan mee.”
Ibu ketiga kelihatan tidak mahu kalah dan berkata, “saya pula mahu letakkan nama anak saya Zizan. Biar jadi artis. Kerana ibunya bernama Azie, bapanya bernama Afzan.”
Ibu yang keempat diam sahaja. Lalu ditanya oleh ketiga-tiga ibu hamil yang lain, “kenapa kamu diam saja?”
Ibu keempat pun menjawab, “Ehhm! Saya pun dok tengah raplah. Suami saya namanya Yahaya dan saya Mahani. Takkan anak nak dinamakan YAMAHA.”
Mutiara Hikmah: Daripada Ummi Kulsum Binti ‘Uqbah Bin Abu Mu’ait R.A katanya, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia untuk kebaikan atau mengatakan sesuatu yang baik.” Terdapat tambahan dalam riwayat Muslim, Ummi Kulsum berkata, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah memberi kelonggaran memperkatakan sesuatu yang dusta, dalam 3 keadaan: Peperangan, mendamaikan antara manusia dan bicara suami kepada isterinya begitu juga bicara isteri kepada atau dengan suaminya: seperti katanya tidak ada orang yang lebih aku sayang daripadamu.”
Teringat sepupu saya..mak bapak dia kasi nama isrowadi...gabungan nama is untuk isdris dan mak nama rosnah...wadi tu sahaja nama dia
ReplyDeleteorg len nk wat cmtu, dy pon nk ikot gk..btw, nice one =)
ReplyDeletemmg x la anak nama yamaha tu
ReplyDeletehahaha,,klakaa la. mcm2 org skrg , punye la nk aptudet
ReplyDeleteAdalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.
ReplyDelete"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."
(Riwayat Abu Daud)