Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Sunday, August 28, 2011

Tisu Toilet


Di sebuah kedai serbaguna yang baru di buka, seorang lelaki membeli makanan tin buat anjingnya. Tetapi bila sampai di kaunter pembayaran, seorang cashier berkata, "jika hendak beli makanan untuk anjing kena bawa anjingnya sekali. Ini peraturan di kedai kami."

Kerana syarat tersebut lelaki itu tidak jadi membeli.

Esoknya lelaki tersebut datang lagi kerana kedai itu tidak jauh dari rumahnya. Kali ini dia hendak membeli makanan bagi kucingnya pula.

Sekali lagi ketika sampai untuk membuat pembayaran, cashier berkata, "jika hendak beli makanan kucing kena bawa kucingnya sekali."

Sekali lagi lelaki itu pulang dengan kecewa kerana peraturan yang tidak masuk akal.

Pada hari berikutnya, lelaki tadi datang sekali lagi ke kedai itu. Kali ini dia membawa satu bekas yang dibalut dengan kertas dan menyuruh cashier memasukkan tangan ke dalam bekas itu.

Cashier  tersebut menurut sahaja dan tidak lama kemudian menjerit, "ah! tahi," sambil menarik segera tangannya.

"Memang betul tahi. Saya datang hendak membeli tisu toilet. Jadi sesuai dengan peraturan kedai anda, saya terpaksa membawa tahi bagi membuktikan saya benar-benar hendak membeli tisu toilet."

Tuesday, August 23, 2011

Nyawa Atau NYAMAN?


Di sebuah desa di Bandung, Indonesia tinggal seorang janda kaya yang tak mempunyai anak. Penampilannya memang mengghairahkan setiap lelaki yang melihatnya.

Di desa itu juga tinggal seorang pemuda yang kerjanya sebagai perompak. Satu hari timbul niat merompak rumah si janda kaya tersebut.

Satu malam, si perompak berjaya masuk ke dalam rumah si janda melalui bumbung yang terletak betul-betul di atas bilik tidur si janda. Kebetulan si janda tidur berbogel.

Timbul niat lain dalam hati perompak itu. Dengan perlahan, dia menyelinap ke tempat tidur si janda. Si janda terkejut kerana terasa ada benda sedang menjalar di tubuhnya.

Si janda cuba menjerit tetapi si perompak itu terus mencabut parangnya dan mengancam si janda.

"Jangan bikin ribut kalo mau selamat. Nah sekarang pilih NYAWA atau NYAMAN?," ancam perompak dalam bahasa Indonesia.

Setelah digertak, si janda ketakutan dan dengan nada cemas menjawab, "NYAMAN aje mas."

Setelah selesai menunaikan hajatnya, si perompak terfikir hendak pulang kerana merasa puas. Niat untuk merompak sudah dilupakan. Tapi ketika menyarung pakaian, parangnya tertinggal dan si janda terus mengambil dan mengacunya kepada si perompak.

" Mau ke mana kamu, sih?, tanya si janda.

"Pulang," jawab si pemuda ketakutan dan cemas.

Si janda membentak, "mau PULANG atau ULANG."

Saturday, August 20, 2011

Membuang Abu


Hock Lai pergi ke rumah girlfriendnya, Ellyn untuk kali pertama. Ellyn minta diri ke dapur untuk membuat minuman dan Hock Lai dibiarkan sendiri di ruang tamu. Hock Lai melihat sebuah pasu antik di atas television.

Dia mengambil pasu itu dan mencuba melihat isinya. Ternyata ada banyak abu di dalamnya. Hock Lai lantas membuang abu itu kerana mengotori pasu.

Ketika Ellyn kembali dari dapur, Hock Lai bertanya, "ini pasu antik ya?"

"Oh iya, di dalamnya ada abu ayahku," jawab Ellyn dengan tenang.

"Oh my god. Mati akuuuuu," teriak Hock Lai seperti orang histeria dengan wajah pucat lesi.

"Kenapa, Hock Lai?," tanya Ellyn ikut panik.

"Aku sudah membuang abu ayahmu."

"Oh! Terima kasih ya, sayang," jawab Ellyn dengan tenang.

"Kamu tidak marah abu ayahmu aku buang?"

"Ya, tak apa. Ayah aku memang malas buang abu rokoknya di ashtray. Selalu saja dia buang ke dalam pasu itu."

Tadi Malam Ayah Tidur dengan Saya



Di sebuah taman mainan seorang budak tadika, Laura bercerita kepada gurunya dengan suara pelat dan polos.

"Tadi mayam ayah tidur dengan caya," ucap si kecil Laura pada gurunya.

"Bukan. Yang betul, tadi malam ayah tidur dengan saya," kata gurunya membetulkan ucapan Laura.

"La. Cikgu tidur dengan ayah juga? Sebelum caya atau sesudah caya tidur?," tanya Laura balik pada gurunya seperti kebingungan.


Dapat Harta Warisan


Hassan bertemu dengan Payid, sahabatnya. Namun anehnya Payid memperlihatkan wajah murung. Wajahnya seperti diselimuti oleh mendung, padahal hari itu sangat cerah.

"Kenapa Payid, nampak sedih sangat?," tanya Hassan.

"Begini Hassan, tiga minggu yang lalu pak cik aku meninggal dunia, aku dapat warisan RM1.5 juta."

"La, bagus la kalau macam tu."

"Bagus apanya? Dengar dulu cerita aku. Dua minggu yang lalu salah seorang sepupu aku meninggal kerana kemalangan. Aku dapat mewarisi motor Harleynya."

"Bertuah sangat nasib kau," kataHassan.

"Minggu lalu datuk aku meninggal dunia, aku dapat warisan RM5 juta dan sebuah rumah banglo di Kuala Lumpur."

"Memang gila. Tapi kenapa kau kelihatannya sedih sangat hari ini?"

"Minggu ini belum ada lagi yang meninggal." 

Friday, August 19, 2011

Pencuri



Limah adalah seorang isteri yang sangat peka akan suara-suara aneh di malam hari. Dia selalu membangunkan Ari suaminya jika ada suara aneh walau sedikit saja.

Dengan suara berbisik dia akan berkata, "pa, bangun, pa. Ada pencuri di rumah kita."

Kejadian ini terjadi hampir setiap malam selama 20 tahun pernikahan mereka.

Pada suatu malam seperti biasanya, ada suara aneh di dalam rumah mereka. Limah terbangun dan mengejutkan suaminya dengan goncangan keras, "pa, bangun, pa. Ada pencuri di rumah kita."

Ari tahu, satu-satunya cara untuk dia dapat tidur dengan tenang kembali adalah dengan memeriksa keadaan rumah mereka dan memastikan bahawa semuanya dalam keadaan baik.

Tetapi malam itu berbeza. Benar-benar ada pencuri di rumah mereka.

Ketika pencuri cuba melarikan diri, Ari mencegahnya dan berkata, "stop. Awak harus ikut saya dan bertemu dengan isteri saya."

Si pencuri terkejut dan menghentikan pelariannya.

"Mengapa awak ingin saya menemui isteri awak?"

Ari menjawab, "kerana dia sudah menanti kedatangan awak di rumah ini sejak 20 tahun yang lalu."

Lelaki Tua Yang Pintar



Seorang lelaki tua yang sudah pencen membeli tanah yanga agak luas. Di tanah itu ada kebun dan sebuah kolam amat luas, lengkap dengan meja kerusi, buaian dan pelbagai permainan lain.

Kolam dibuat sedemikian rupa sehingga berbentuk indah dan sesuai untuk berenang. Suatu hari lelaki tua ingin melihat-lihat kolamnya yang sudah lama tidak dikunjungi.

Dia juga membawa bakul besar untuk memetik buah-buahan di kebunnya. Tapi ketika menghampiri kolam, dia mendengar suara tawa dan jeritan beberapa perempuan.

Sebaik mendekati, dia melihat beberapa gadis cantik dan seksi sedang berenang tanpa pakaian di kolamnya.

Lalu lelaki tua itu mendekati sambil berdehem-dehem supaya kehadirannya diketahui mereka.

Gadis-gadis itu terkejut lalu berendam dalam-dalam di air sambil berteriak, "kami tak berani keluar sebelum pak cik pergi."
 
Jawab lelaki tua, "sebenarnya pak cik ke sini bukan mahu melihat kamu semua mandi telanjang atau menyuruh kamu keluar dari kolam. Pak cik ke sini mahu bagi buaya makan."



Tuesday, August 16, 2011

Wanita Bersaudara Kembar

Dua orang pemuda sedang berbincang mengenai keuntungan mereka dalam mencari teman wanita. Pemuda pertama berkata bahawa kini dia berpacaran dengan seorang wanita yang mempunyai saudara kembar.

"Kembar?," tanya kawannya dengan perasaan kagum.

"Tapi bagaimana kau membezakan keduanya?"

"Senang sahaja. Abangnya mempunyai misai."



Mimpi Indah



Dua kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun sedang membuat perbincangan serius.

"Wah, malam tadi aku bermimpi menonton sarkis. Ramai orang, ada badut, ada singa, ada gajah,  macam- macam ada. Memang best. Semalam kamu mimpi apa?, " kata Hassan kepada Payid.

"Aku bermimpi tinggal sendirian di rumah. Papa, mama dan kakak-kakak aku semuanya pergi jalan-jalan.  Tiba-tiba bell rumah berdering, ketika aku buka pintu ternyata yang datang Siti Saleha pakai pakaian sexy sekali. Tidak berapa lama kemudian bell berdering lagi, ketika pintu dibuka Fasha Sandha yang datang. Fasha pakai pakaian lebih sexy lagi, mereka berdua duduk mengapit aku sambil menonton gambar Van Damme. Bestkan?,"  kata Payid pula.

"Wah, kamu tak adil. Ada awek cantik begitu tidak bagitahu dengan aku, kan boleh bahagi sorang satu."

"Aku sudah telefon kamu, tapi kata pembantu rumah kamu, kamu pergi menonton sarkis."
 

Thursday, August 11, 2011

Mangga Pak Bedul


Pak Bedul jengkel sangat. Setiap kali pohon mangganya berbuah, pasti buahnya dicuri oleh orang entah dari mana. 

Tapi kalau di tunggu pencurinya tak pernah datang. Lambat lepa, mangganya hilang. Bukan kepalang kesalnya. 

Satu hari Pak Bedul menaruh kertas besar di pohon mangganya dengan tulisan, 'Tuhan tahu siapa yang mengambil mangga ini.'

Dengan rasa lega dia meninggalkan pohon mangganya, berharap si pencuri terketuk hati nuraninya. 

Esok harinya mangganya tetap hilang, tapi tulisan di kertas itu bertambah, 'Tuhan tahu siapa yang mengambil mangga ini, tapi tuhan tidak akan beritahu pada sesiapa pun.'


Pak Pandir Uji Anaknya



Pak Pandir dan Mak Andeh risau kerana anak mereka, Ondeh, walaupun sudah berumur 18 tahun tetapi masih tidak bekerja. Sekejap hendak jadi businessman, sekejap hendak jadi guru, sekejap hendak jadi petani, tapi cuma cakap saja usahanya tidak.

Jadi, Pak Pandir dan Mak Andeh merancang untuk menguji anak mereka itu.

Suatu pagi, Pak Pandir dan Mak Andeh tinggalkan sekeping nota di atas meja di ruang tamu. Pada nota itu tertulis perkataan, 'Ayah dan mak pergi pekan, petang baru balik.'

Di tepi nota itu mereka tinggalkan wang kertas RM50, sebuah kitab agama dan sebotol arak. Pak pandir dan Mak Andeh kemudiannya menyorok dalam bilik kecil tidak jauh dari meja tersebut.

Kata Pak Pandir, "Kalau Ondeh ambil duit, maknanya dia akan jadi businessman.

Kalau dia ambil kitab, maknanya dia akan jadi tok guru. Tapi kalau dia pilih arak, dia akan jadi manusia yang paling tidak berguna di dunia ini."

Pak Pandir dan Mak Andeh terus mengintai dari celah pintu. Sejam kemudian mereka ternampak Ondeh balik, lalu mencapai nota di atas meja. Selepas membacanya, Ondeh mengambil not RM50 lalu membelek-beleknya depan belakang, kemudian masukkan ke dalam poket.

Setelah itu Pak Pandir dan Mak Andeh lihat Ondeh ambil kitab, kepit di celah ketiaknya. Akhir sekali, Ondeh mencapai botol arak dan menogoknya. Setelah itu Ondeh keluar semula dengan membawa ketiga-tiga barang tersebut.

Pak Pandir tepuk dahi, "Aduuhh, ini lebih teruk daripada apa yang abang bayangkan."

"Kenapa paknya?," tanya Mak Andeh.

"Ondeh akan jadi ahli politik."

Wednesday, August 10, 2011

Putera Charles



Cikgu Shaari tertidur di depan kelas, ketika terbangun dia menyuruh murid-muridnya membuat kerja masing-masing.

"Tadi saya sudah berjanji dengan Putera Charles untuk bertemu di dunia mimpi," demikian alasannya.


Keesokan harinya, ada seorang murid tertidur di kelas itu. Sang guru membangunkannya dengan memukul rotan di atas meja dan membentak, "berani kamu tidur di dalam kelas."

"Saya juga ada janji untuk bertemu dengan Putera Charles, cikgu," jawab murid itu.

"Baiklah, apa yang dikatakan Putera Charles kepada kamu?" tanya Cikgu Shaari.

"Dia berkata, aku tak bertemu dengan cikgu kamu kelmarin."

Tuesday, August 9, 2011

Sapu Tangan



Di dalam sebuah bas Rapid, ada seorang anak muda yang amat meluat pada budak kecil yang duduk di sebelahnya. Hanya kerana si anak itu terus menerus menyedut masuk hingus yang meleleh di hidungnya.

Dia bertanya jengkel, "hei, kamu bawa sapu tangan tidak?"

Si anak menjawab, "bawa. Tapi, ibu bagitahu saya tidak boleh meminjamkannya pada orang yang tidak saya kenal." 


Sunday, August 7, 2011

Jerman

 
Suatu petang, ketika menunggu waktu berbuka, Awatif berkata kepada ibunya, Rafeah.

"Nasib baik Awatif tidak dilahirkan di Jerman," kata Awatif.
 
"Tapi kenapa, Awatif? Adakah susah untuk berpuasa di sana."
 
"Tidak, mama. Sebenarnya Awatif tak reti cakap bahasa Jerman."

Profesion Baru


Seorang lelaki menemui agen perumahan. 

“Saya ingin membeli sebuah rumah terpencil yang jauh dari mana-mana bangunan dan jarak dengan rumah terdekat minima dua kilometer.”

“Wah,” kata si agen agak kehairanan,”biasanya seseorang pembeli mencari tempat yang strategik dan berdekatan.”

“Ya, kerana ini tuntutan profesion baru saya,” jawab calon pembeli.

“Ah, anda pasti seorang penulis yang memerlukan ketenangan untuk menulis novel.”

“Bukan.”

“Kalau begitu anda seorang seniman yang hanya boleh menciptakan karya indah jika suasana sangat sunyi.”

“Tidak.”

“Sebenarnya apa profesion baru anda.”

“Saya ingin belajar menjadi peniup trompet.”

Jumlah Kaki Burung Unta



Sewaktu pulang dari sekolah, Kamal Saad sangat gembira kerana mendapat hadiah dari gurunya.

"Kamal di beri hadiah oleh cikgu, mak."

"Kenapa cikgu memberi Kamal hadiah?"

"Kerana Kamal memberi jawapan yang betul. Cikgu tanya berapa jumlah kaki burung unta dan Kamal menjawab tiga."

"La, bukankah kaki burung unta itu hanya ada dua?"

"Betul mak, tapi kawan-kawan sekelas menjawab empat. Kamal yang menang, kerana  jawapan Kamal yang paling dekat."

Wednesday, August 3, 2011

Itu Pun Kamu Tak Kenal


Di satu sekolah rendah, sewaktu mata pelajaran sejarah.

"Ilyas, cikgu perhati kamu dari tadi mengantuk saja. Cuba jawab pertanyaan cikgu dulu. Siapa THOMAS ALFA EDISON?," tanya cikgu Romli.

"Tidak tau, cikgu".

"Takkan tak tahu. Kalau JAMES WATT, kamu tahu?"

"Apa lagi dengan dia. Tidak kenal, cikgu."

"Kalau ALEXANDER GRAHAM BELL?"

"Maaf, cikgu. Semua saya tidak kenal, cikgu."

"Apa benak sangat kamu ni. Itu semuanya kamu tidak tahu?"

"Okey, cuba saya tanya cikgu pula. Cikgu tahu tak siapa HAJI RAHIM?"

"Siapa dia?"

"Kalau PAK NGAH SEMAN? USTAZ ZUL? USTAZ SAMSURI?"

"Stop, stop Ilyas. Siapa mereka itu?"

"Saya cuma mahu bagitahu cikgu. Tidak semua orang yang cikgu kenal, saya juga kenal. Orang yang saya kenal, cikgu juga tidak kenal. Kita ini manusia cikgu, punya kenalan masing-masing."

Mendengar Khutbah

Di penghujung malam, seorang polis menegur seorang pemabuk.

"Hei, mahu ke mana, encik?"

"Mahu mendengar khutbah."

"Mana ada orang berkhutbah pukul tiga pagi seperti ini?"

"Ada. Isteri saya".

Benda Abstrak


Seorang guru sedang menerangkan tentang benda abstrak, "Benda abstrak 
adalah sesuatu yang dapat kita rasakan dan fikirkan, tetapi tidak dapat disentuh."

"Dollah, cuba kamu berikan contoh benda abstrak?"

"Boleh cikgu," kata Dollah, "kereta baru ayah saya."