Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Sunday, April 18, 2010

Surat Khabar



Aku baca Harakah- rokok membahayakan kesihatan, aku berhenti merokok.

Aku baca Suara Keadilan- minum arak berdosa, aku berhenti minum arak.

Aku baca Mastika- dadah bahaya, aku berhenti hisap dadah.

Aku baca Dewan Masyarakat- ais tak bagus untuk kejantanan lelaki, aku berhenti minum ais.

Aku baca Berita Harian- seks bahaya, AKU BERHENTI BACA Berita Harian!!!

Lembu Jadi Sosej


Razali telah belajar di Amerika Syarikat hampir 7 tahun lamanya. Namun masih belum dapat menghabiskan pengajiannya. Bapanya Ismail telah mengambil keputusan supaya Razali berhenti belajar kerana sudah kekurangan wang untuk perbelanjaan anaknya.

Maka pulanglah Razali ke tanah air. Ismail menjemputnya di KLIA. Dalam perjalanan pulang maka belakulah dialog berikut.

Razali : Kat Amerika tu canggih la ayah. Ada satu mesin yang hasilkan sosej. Cuma perlu masukan lembu sahaja. Terus keluar sosej.

Ismail : Yakah? (dalam nada kesal kerana anaknya gagal untuk menghabiskan pengajian).

Razali : Ya ayah.

Ismail : Tapi abah rasa itu teknologi lama la. Berapa umur kamu sekarang?

Razali : 29 tahun ayah. Kenapa?

Ismail : Mesin yang ada kat Amerika tu 29 tahun dulu ayah dah buat. Ayah masukan sosej kat dalam mesin tu dan keluar lembu. Lembu tu sekarang dah berumur 29 tahun (sambil menjeling anaknya).