Setelah penat memandu kereta sepanjang malam, seorang lelaki yang teramat letih dan mengantuk memutuskan berhenti di pinggir jalan untuk istirehat dan tidur sebentar.
Ketika baru hendak melelapkan mata, tiba-tiba ada orang mengetuk tingkap keretanya, saat dia memicingkan mata, terlihat di luar kereta ada seorang lelaki yang sedang berjoging.
Dengan wajah tersenyum orang itu bertanya, “maaf, bang. Sekarang pukul berapa?”
“Pukul 8:14.”
Sesudah mengucapkan terima kasih, orang itu pun segera berlari meninggalkan tempat tersebut.
Baru saja lelaki itu memejamkan matanya kembali dan mulai mahu bermimpi, tiba-tiba ada seorang wanita muda berjalan kaki mengetuk tingkap keretanya dan bertanya, “tumpang tanya, encik. Sekarang pukul berapa?”
“Pukul lapan setengah,” lelaki itu nampaknya mulai kehilangan kesabarannya, lalu dia segera menempelkan secarik kertas bertuliskan: ‘Aku tak tahu pukul berapa sekarang’ di cermin keretanya.
Tok, tok, tok!!!
Lelaki itu sekali lagi dikejutkan oleh suara ketukan di luar tingkap kereta. Dia terpaksa menurunkan tingkap keretanya, kemudian dengan sedikit beremosi berteriak-teriak kepada seorang anggota pengakap yang berdiri di luar kereta, “ada apa hal?”
“Saya ingin memberitahu, sekarang pukul 8:40.”
Mutiara Hikmah: Daripada Abu ‘Umarah al-Bara’ Bin ‘Azib R.huma katanya, “Rasulullah S.A.W menyuruh kami menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, melepaskan sumpah orang yang bersumpah, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam apabila bertemu. Baginda menegah kami daripada memakai cincin emas, minum dengan bekas yang dibuat daripada perak, menggunakan lapik duduk sutera dan memakai pakaian yang dibuat daripada sutera, sutera tebal dan sutera Dibaj (dari Yaman).” Dalam riwayat lain, ditambah perkara yang disuruh mengerjakannya iaitu: menanyakan barang yang hilang dan belum dijumpai.
No comments:
Post a Comment