Institusi Mental
Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
“Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting dibawa bersama?”
Junior berfikir seketika. “Padang pasir panas.”
Doktor angguk. “Ada harapan nak dilepaskan ni,” hati doktor berdetik.
“Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana.”
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu.
“Yang saya tau, padang pasir tu panas,” Senior berkata setelah berfikir panjang.
“Ya,” jawab doktor terbabit penuh semangat.
“Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana.”
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian, Veteran pula dipanggil.
“Awak dah lama benar di sini kan?”
“Ya, tuan doktor,” jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran sebelum ini.
“Oh, padang pasir, memang panas betul sana,” Veteran tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
“Ya,” doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
“Kalau begitu, saya rasa nak bawa doktor.”
Doktor hairan sambil bertanya, “saya. Kenapa saya?”
“Sebab doktor ayu dan manis. Sejukkkkkk mata memandang.”
Hadlaju
Seorang polis duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju, seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja.
Maka Polis trafik pun berfikir, “tak boleh jadik ni, lambat dari kura-kura. Sangat bahaya bagi pemandu yang lain.”
Polis trafik menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita – dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang – mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.
Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya, “apa kesalahan saya tuan? Saya tidak melebihi had laju. kenapa ditahan?”
“Mak cik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain.”
“Lambat dari had laju?” wanita itu merasa hairan.
“Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda,” [JALAN AMPANG 22] bantah wanita itu dengan marah.
Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan itu.
“Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan. Adakah ke semua penumpang dalam kereta makcik semuanya sihat? Nampaknya mak cik-mak cik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat,” polis trafik itu bertanya kehairanan.
“Oh! Jangan bimbang, mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309].”
Mutiara Hikmah: Daripada Usamah R.A daripada Nabi S.A.W sabdanya, “Aku berdiri di muka pintu syurga lalu (kelihatan) kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya ialah orang-orang yang miskin, sedangkan orang-orang kaya ditahan, manakala ahli-ahli neraka pula disuruh bawa ke dalam neraka. Ketika aku berdiri di pintu neraka pula (kelihatan) kebanyakan yang masuk ke dalam ialah orang-orang perempuan.”
No comments:
Post a Comment