Sepasang suami isteri muda yang baru berumah tangga telah menerima banyak hadiah perkahwinan yang berharga dari kaum kerabat dan kawan-kawan mereka.
Beberapa hari kemudian, mereka menerima pula 2 keping tiket bola sepak yang dikirim melalui pos, tetapi di sampulnya tidak dicatat siapa pengirimnya dan alamat pengirim, kecuali terdapat sebaris tulisan: ‘Cuba teka siapakah aku?’
Setelah penat berfikir, masih gagal untuk memastikan siapa yang mengirim kedua keping tiket tersebut.
Beberapa hari kemudian, mereka pergi menonton pertandingan bola sepak dengan menggunakan tiket itu walau tetap tidak mengetahui siapa yang mengirimnya.
Sesudah pertandingan tamat dan pulang ke rumah, mereka sangat terkejut kerana semua hadiah perkahwinan yang ada di dalam rumah telah lincin dicuri orang. Di atas meja terdapat secebis kertas bertuliskan: ‘Sekarang kamu berdua tentu sudah tahu pengirimnya, bukan?’
Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A. katanya, “Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W katanya, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Setiap umatku akan dimaafkan melainkan orang-orang yang menunjuk-nunjuk perbuatan dosa (supaya diketahui oleh orang lain). Sesungguhnya antara perbuatan menunjuk-nunjuk itu ialah seseorang melakukan suatu perbuatan di waktu malam kemudian berpagi-pagi dia bercerita sedangkan Allah telah menutupinya”, tiba-tiba dia berkata, “Wahai fulan, semalam aku telah melakukan begini dan begini”. Orang itu semalam-malaman telah ditutupi celanya oleh Allah, tetapi pagi-pagi dia membuka tutupan Allah ke atas dirinya.”
Haha..what can i say..just 'ehm'..
ReplyDeletejika si pencuri sangat bijak kita jugak perlu 7tgkat lagi bijak dari si pencuri....:)
ReplyDelete