Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Sunday, May 13, 2012

Tumpang Berteduh



Malam itu, ada seorang pemuda yang baru pulang dari tempat kerja terpaksa menumpang teduh di sebuah rumah yang hanya dihuni oleh seorang ibu dan anak perempuannya kerana hujan dengan deras membasahi bumi. Kerana dilihat di luar ada seorang laki-laki, ibu itu pun memberanikan diri untuk bertanya kepada pemuda itu.

"Nak, dari mana?"

"Maaf mak cik, saya cuma menumpang berteduh di rumah mak cik. Setelah hujan berhenti nanti saya akan pulang."

"Oh begitu. Tiada apa-apa."

Kerana ibu itu yakin pemuda itu orang yang baik, dia pun mempelawa pemuda itu masuk ke dalam rumah. Kerana di luar hujan masih lebat dan malam pun sudah semakin larut, ibu itu memberanikan diri untuk membenarkan pemuda tidur semalam di rumahnya.

Mendengar ajakan ibu itu, dengan malu-malu (tapi mahu) si pemuda itu pun tidak keberatan untuk sekadar menumpang barang semalam di rumah itu, apalagi ibu itu punya anak perempuan yang cukup cantik. Lagipun kebetulan di rumah itu masih ada satu bilik kosong.



Ibu dan anak perempuannya bergegas mengemas bilik kosong itu, sementara si pemuda itu ditinggalkannya di ruang tamu.

Selang beberapa minit kemudian, ibu dan anaknya kembali ke ruang tamu untuk menemui pemuda tadi. Betapa terkejutnya mereka kerana pemuda itu sudah tidak ada lagi. Ibu dan anaknya saling berpandangan, rasa takut mula menghantui mereka berdua siapa tahu kalau si pemuda tadi bukan orang tapi jelmaan makhluk ghaib. Hujan yang semakin deras dan kilat yang saling menyambar menambah ketakutan mereka. Sedang mereka dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan pula oleh si pemuda tadi yang tanpa dijemput masuk kembali ke dalam rumah dalam keadaan basah kuyup. Tanpa berfikir panjang walaupun masih ada rasa takutnya, ibu itu pun bertanya kepada si pemuda.

"Nak, dari mana basah kuyup ni?"

"Maaf mak cik, saya pulang dulu ke rumah ambil bantal dan selimut."



 Mutiara Kata: Daripada Abdullah R.A katanya Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak halal darah seorang muslim yang mengakui bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mengakui aku Rasulullah, melainkan dengan tiga perkara: 1) Seorang janda yang berzina, 2) Seorang pembunuh yang harus dibunuh, 3) Seorang yang keluar dari agamanya (Islam), lalu dia berpisah dari jamaah muslimin." 

No comments:

Post a Comment