Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Monday, March 26, 2012

Senyum Kambing


Cikgu pengakap memangil lima orang muridnya dan bertanya apakah kerja kebajikan yang telah mereka lakukan pada hari tersebut.


“Kami membantu orang tua melintas jalan, cikgu,” jawab kelima-lima anggota pengakap tersebut.


Cikgu pengakap itu tercengang, dia pandang murid-muridnya. “Sampai lima orang?”


“Betul, cikgu. Sebab orang tua itu tak nak melintas," kelima-lima murid jawab serentak.






Dalam satu temu duga di Negeri Sembilan, pengurus besar bertanya kepada pemuda yang memohon kerja sama ada dia mempunyai sebarang kebolehan luar biasa.


Pemuda : Ado, tuan. Ese selalu monang pertandingan toko silang kato, slogan terbaik dongan cari perbezaan gamba.


Pengurus besar : Bagus tu. Tapi, maksud saya ialah yang dilakukan dalam waktu bekerja.


Pemuda : Jangan risau tuan, memang semuo silang kato, slogan dongan cari perbezaan gamba tu ese buek maso time kojo.






Suatu hari Kaliapan disuruh oleh bossnya untuk mengecat garisan putih di tengah jalan raya. Hari pertama Kaliapan berjaya mengecat sejauh lima kilometer.


Tapi keesokan harinya, dan hari-hari berikutnya , boss Kaliapan jadi pelik sebab jaraknya semakin pendek. Hari kedua, Kaliapan cat sejauh tiga kilometer. Hari ketiga, satu kilometer. Hari keempat, setengah kilometer sahaja.


Kaliapan dipanggil ke pejabat dan bossnya bertanya, “Dey, tambi, kenapa makin lama makin sikit lu cat itu jalan?”


“Susahlah boss. Sebab makin lama saya makin jauhlah dari itu tong cat.”





Seorang cikgu sedang mengajar Bahasa Melayu dan menyuruh anak muridnya membuat ayat berkenaan dedikasi. 

Cikgu : Ajoi, sila buat ayat berkenaan dedikasi.

Ajoi : Baik, cikgu.

Ajoi : Pagi tadi "dedi kasi" dua ringgit sebagai belanja sekolah.

Cikgu : !@#$%&*



 Mutiara Kata: Daripada Abu Muhammad Al-Hasan Bin Ali Bin Abu Talib R.A katanya, Aku hafaz daripada Rasulullah SAW katanya: "Tinggalkanlah perkara yang engkau ragui dan ambil perkara yang engkau tidak ragui kerana sesungguhnya kebenaran itu adalah ketenangan dan dusta itu adalah keraguan."

No comments:

Post a Comment