Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Sunday, March 11, 2012

Orang Buta Membawa Obor Di Malam Hari



Di suatu malam yang gelap, 3 orang pemuda sedang berjalan menuju ke sebuah desa. Di tengah perjalanan mereka bertemu dengan orang buta yang membawa obor.

Melihat hal tersebut ketiga-tiga orang pemuda itu ketawa terbahak bahak.

"Hai orang buta, buat apa kamu membawa obor, sedangkan kamu tidak dapat melihat. Ternyata bukan hanya matamu saja yang buta ternyata otakmu juga bodoh."

Orang buta itu menjawab sambil tersenyum, "aku membawa obor ini untuk kalian supaya tidak melanggar aku di perjalanan."



 Mutiara Kata: Daripada Anas r.a katanya, "Aku dengar Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman, "Apabila aku menguji seorang hamba-Ku dengan mengambil dua benda yang amat dikasihinya sedangkan dia menerima dengan sabar dan ikhlas, nescaya aku akan memberi ganjaran syurga di akhirat kelak." Yang Rasulullah maksudkan dengan dua benda yang amat dikasihi itu ialah dua matanya.

No comments:

Post a Comment