Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Thursday, July 5, 2012

Tiga Kisah. Tiga Ketawa


1. Bengong

Dua orang jutawan sedang bersantai di cafe, sambil menggosip pemandunya.


“Hei,
you tau tak, driver I ini bodohnya setengah mampus. Kalau you tak percaya cuba lihat ni,” Tan Sri Bahadon memulakan bicara.

Terus dia panggil pemandunya, King Tha Piau, “Tha Piau, ini RM10, pergi ke kedai kereta dan belikan aku Mercedez.”

 
Tha Piau pun menjawab dengan sopan, “yes, Sir. Right a way.” 

Dengan pantas pemandunya terus ke kedai kereta.

Tan Sri Bahadon memberitahu temannya, “nampak? Apa
I cakap. Dia buat betul-betul.”

“Ha! Ha! Itu belum apa-apa. You nak tengok, pemandu
I lagi teruk dari itu. Biar I tunjukkan pada you.” 

Terus Dato' Sri G. Torairaju  memanggil pemandunya, Tommy. 

“Tommy, pergi ke rumah saya. Cuba lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak?”

“Baik Dato'. Saya pergi sekarang.” 

Dengan pantas Tommy menuju ke rumah tuannya.

Dato' Sri G. Torairaju berkata kepada Tan Sri Bahadon, “nampak apa yang
I cakapkan? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh I ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tidak berapa lama kemudian, kedua-dua pemandu itu bertemu di jalan.

 
“Eh, you know, my boss is very stupid lah. Dia kasi aku RM10 dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta. Mana boleh? Kau kan tahu hari ini hari minggu. Semua kedai kereta tutup,” kata King Tha Piau.

“Kau fikir boss kau
stupid ha? Boss aku lagi stupid. Boleh dia suruh aku balik rumah lihat apakah dia ada di rumah. Padahal dia kan boleh check sendiri, telefon je la ke rumahnya,” kata Tommy.


*******




2. Normal

Seorang wanita yang bersuamikan lelaki buta berkata kepada suaminya, “abang, andainya engkau dapat melihat cantiknya wajahku dan putihnya kulitku, pasti engkau akan berasa kagum.”

Si suami menjawab, “sekiranya kata-katamu adalah benar, tentulah lelaki normal tidak akan membiarkan engkau menjadi isteriku.”


*******






3. Bahana Brocolli

Seorang gadis di jemput makan malam ke rumah orang tua kekasihnya. Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.


Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.


Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.


Hampir menangis rasanya dia berusaha menahan kentut. Namun kerana sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega.


Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.


Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke arah anjing keluarga yang asyik menggesel-gesel di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi, “Doggy.”


Si gadis berfikir, “wah ini sangat bagus,” dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa minit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi.


Kali ini, tanpa malu-malu dilepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat.


Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, “celaka Doggy.”


Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, “bagus.” 

Beberapa minit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi.

Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini agak kuat.


Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke arah anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, “celaka Doggy. Cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak di atas kamu.”


Mutiara Hikmah: Daripada Abu Musa Al-Asyaari R.A katanya, Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan dua waktu sejuk (subuh dan asar), Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga.”


No comments:

Post a Comment