Cikgu bertanya kepada murid-muridnya, “siapa yang pandai mengira?”
Tan Hock Lye mengangkat tangan.
“Betul ke kamu pandai mengira?”
“Tahu cikgu. Ayah yang ajar.”
“Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa?”
“Empat.”
“Bagus. Selepas enam?”
“Tujuh.”
“Selepas sembilan?”
“Sepuluh,” jawab Tan Hock Lye.
“Bagus sekali. Rupanya ayah kamu benar-benar tahu bagaimana mengajar mengira. Selepas sepuluh berapa?” tanya cikgu lagi.
Dengan senyum penuh keyakinan, Tan Hock Lye menjawab, “Jack, Queen, dan King.”
Cerah masa depan.
Mutiara Hikmah: Dari Ibnu ˜Umar R.A katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)”
No comments:
Post a Comment