Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Friday, June 17, 2011

Ponteng Jumaat


Seorang lelaki islam ponteng sembahyang jumaat. Sebaliknya dia masuk ke hutan untuk memburu ayam hutan.

Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, dia berlanggar dengan seekor harimau yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK. Kedua-dua kakinya patah.

Jangan risau, ini bukanlah berita buruk okey. Ada lagi. Berita buruknya
adalah harimau tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

“Ya Allah,” doa lelaki tersebut, “ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari jumaat yang mulia ini. Ampunilah aku Ya Allah, makbulkan hajat ku ini. Jadikanlah harimau yang memburu aku Muslim yang beriman. Tolong Ya Allah. Aminnn.”

Tiba-tiba guruh berdentum. Harimau tadi terhenti betul-betul di hadapan lelaki tadi.

Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit, harimau tersebut pun berdoa, “Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar. Amin.”


No comments:

Post a Comment