Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Wednesday, April 20, 2011

Pelancong Sombong




Satu hari seorang pelancong USA dengan sombongnya menyewa teksi untuk melancong sekitar Kuala Lumpur. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi.


"Mr. John inilah menara Dayabumi. Dibuat dari marmar putih, bila malam ia berkilauan. Kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya", kata pemandu teksi dengan bangga.


"Ceh! Kalau di USA bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja", kata pelancong tadi dengan angkuhnya.


Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan Kuala Lumpur pelancong tadi dibawa ke Menara KL.


"Mr. John inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err...dua bulan untuk menyiapkannya", kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi.


"Oh! Kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja", kata pelancong tadi dengan sombongnya.


Merah padam muka pemandu teksi tadi. Sambil memandu pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu.


Pelancong tadi dengan tersengih menyindir sambil menunjukkan ke arah KLCC, "Che Senin berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu".


"Apa?", kata pemandu teksi tadi, "bangunan mana?", tanya pemandu teksi lagi kehairanan.


"Itu, yang tinggi itu", kata pelancong tadi sambil menunjukkan bangunan KLCC.


"La Usupadora. Entahlah Mr. John. Semalam saya lalu kat sini tak ada pulak bangunan ini . Bila pulak bangunan ini tumbuh. Impossible", kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka.


Mr. John terdiam sambil menyuruh pemandu teksi memberhentikan teksi. Setelah membayar tambah teksi Mr. John berlalu tanpa menoleh kepada pemandu teksi.



1 comment:

  1. hahahah...saya sendiri penah lihat situasi ni kat PKNS s.alam.. ada sorang mkcik ni jual alat untuk saving eletrik d rumah.. then plncong N.zealand ni tnya 'what is this?' pas2 mkcik 2 jwb "this is a kinds of technology to save ur electricity in ur country" Pelancong tu jwb "We have more sophisticated equipment to save our electricity in N.zealand"(dgn muka bangga)... grrrr!

    ReplyDelete