Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Thursday, April 21, 2011

Tiga Kali Sahaja

Pada satu malam, satu pasangan yang agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 50 tahun. Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang.

Si suami memang menyanjung isterinya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyangi Maria, tapi ada satu perkara yang asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dengan abang selama ni?".

Maria agak terkedu sekejap dan merenung tepat muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "ya abang, Maria mengaku pernah curang dengan abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama perkahwinan kita".

"3 kali?", Tan Sri agak terkejut, tetapi tidak menunjukkan kemarahan, dah tua dah dan memang berniat untuk memaafkan isterinya,"bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?", sambung Tan Sri.

Dengan suara seakan berbisik Maria membuka lebaran cerita lama, "abang ingatkan masa kita mula-mula kahwin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa itu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank".

"Ya, abang ingat peristiwa tu", jawab si suami.

Si isteri menyambung cerita, "abang pasti ingat yang pada satu petang Maria pergi jumpa pegawai bank itu dan esoknya, pihak bank tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman untuk abang mulakan perniagaan".

"Emmmm. Sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan Maria kerana apa yang Maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami.

" Kali ke 2 pulak?".

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak, sedangkan kita tak punyai duit untuk buat pembedahan?", si isteri menyambung cerita.

"Ya, abang ingat", jawab si suami.

"Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria pergi berjumpa doktor pakar itu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan untuk abang tanpa bayaran sesen pun".

"Oh! Maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan Maria sebab apa yang Maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak. Yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri.

Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi".

Tiba-tiba pandangan Tan Sri berbalam-balam.

No comments:

Post a Comment