“Cuba kamu cerita dari mula bagaimana kejadiannya, kamu melanggar 50 orang dalam satu kemalangan kereta?” tanya polis berpangkat sarjan kepada Tan Hock Lye.
“Sewaktu memandu kereta, saya memandu dengan kelajuan 100 km/jam. Ketika hampir di simpang tiga, baru saya sedar tayar kereta saya meletup, hendak dibelokkan kiri ada dua orang lelaki, sedangkan di kanan ada majlis hari jadi. Kalau encik pilih jalan yang mana?” cerita Hock Lye panjang lebar.
“Sudah tentu ke kiri, angka korbannya tentu kurang sedikit.”
“Betul encik. Itu juga dalam kepala saya.”
“Tapi kenapa orang yang sedang berparti di majlis hari jadi kena juga?”
“Masalahnya kan tadi saya pilih melanggar dua orang lelaki yang di kiri. Tahu tak, yang dilanggar cuma seorang, seorang lagi lari ke majlis hari jadi yang ada di kanan. Apalagi saya kejar dia sampai ke majlis hari jadi encik.”
“Huuuuhhhh! Memang mangkuk ayun betul.”
Mutiara Hikmah: Ma'qil Ibnu Yasar R.A berkata, “Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda: “Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.” [Al-Bukhari 93:8, Muslim 1:6]
saya ada membaca beberapa kartun karya kartunis berbangsa sikh. kartunnya lucu dan sinis. pada saya kartunnya ada kelas!
ReplyDeleteKartun apa insan marhaen...
ReplyDelete