Friday, July 29, 2011
Jambangan Bunga
Pak cik aku menyedari dia mempunyai kekurangan dalam hal mengingat tarikh-tarikh penting dalam rumahtangganya. Dia selalu terlupa tarikh lahir isterinya, bahkan tarikh ulang tahun pernikahan mereka.
Untuk mengatasi hal tersebut, dia membuat perjanjian dengan sebuah kedai bunga dengan memberikan tarikh ulang tahun isterinya dan tarikh pernikahan mereka. Jadi walaupun tanpa disuruh, pemilik kedai bunga itu selalu mengirimkan bunga ke rumah pak cik aku tepat pada tarikh yang sudah ditentukan.
Hasilnya, isterinya sangat bahagia kerana merasakan bahawa suaminya sangat mengambil tahu dan tidak pernah melupakan hari-hari penting itu.
Hal itu berjalan lancar, sehingga pada suatu hari, tepat pada tarikh ulang tahun isterinya, dia pulang ke rumah, melihat jambangan bunga yang sangat indah, dan bertanya, "bunga yang indah, sayang. Sayang petik di mana ni?"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment