Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Monday, July 11, 2011

Membawa Anjing Naik Kapal Terbang



Seorang wanita ingin membawa seekor anjing dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Lalu dia pergi ke kaunter pertanyaan untuk memperoleh informasi mengenai caranya.

Lelaki di kaunter mengatakan, "itu sangat mudah. Anda pergi ke syarikat penerbangan, mereka memberi anda sangkar dan anda letakkan anjing anda di dalamnya. Ketika anda turun di Kuala Lumpur pergi ke rak bagasi, dan anda akan memperoleh anjing anda."

Jadi dia melakukannya, sebaik turun di Kuala Lumpur. Dia pergi ke rak bagasi, dan anjingnya tidak ada di situ. Dia pergi ke bahagian kehilangan bagasi, dan mengatakan, "mana anjing saya?"

Mereka tawaf ke seluruh airport untuk mencari, dan menemukan anjing itu ada di terminal lain. Yang ditemui seekor anjing yang sudah mati.

"Oh tuhan," kata mereka, "kita membunuh anjing wanita ini. Apa yang akan kita lakukan?"

Kemudian seorang berpangkat pegawai berkata, "tunggu sebentar, itu anjing biasa. Ada kedai haiwan peliharaan di seberang jalan tidak jauh dari airport. Kita akan mendapatkan anjing dengan ukuran, bentuk, warna, dan jantina yang sama. Pasti dia tidak akan tahu bezanya."

Mereka membawa perempuan itu anjing yang lain dan wanita itu berkata sambil ketawa, "itu bukan anjing saya."

"Apa maksud anda itu bukan anjing anda?"

Dan wanita itu berkata, "anjing saya sudah mati. Saya memang membawanya ke Kuala Lumpur untuk menguburnya."

No comments:

Post a Comment