Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Sunday, July 17, 2011

Kenapa Tak Ketawa


Dalam pertandingan Maharaja Lawak, kumpulan Sepah membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puas hati, seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar?, " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar," jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi?, " tanya gadis itu lagi.

"Tidak," jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa," gadis itu masih tak berpuas hati.

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai?, " getus Siti Sarah Raisuddin.

No comments:

Post a Comment