Monday, July 25, 2011
Pengemis Dan Gadis
Seorang pengemis yang kudung kedua-dua belah tangan mengutip hasil mengemisnya dengan mengunakan mulut.
Ketika hampir separuh hasilnya dimasukkan ke dalam kocek, baru dia menyedari ada seorang gadis comel dan seksi memerhatikan gelagatnya tidak jauh dari situ.
"Kenapa cik melihat saya begitu sekali? Apakah cik tak pernah melihat lelaki kudung?," tegur pengemis itu.
Untuk menutup malu gadis itu melemparkan senyuman paling manis sambil berkata, "sebenarnya kalau saya mempunyai wang yang banyak, sudah pasti saya akan menolong saudara dengan memberi separuh dari wang saya. Jadi hanya senyuman yang boleh saya beri sebagai sedekah saya pada saudara."
Pengemis itu bingkas bangun, mendekati gadis itu dan memberikan sebuah ciuman yang paling hangat kepada gadis itu.
Kerana terkejut gadis itu separuh menjerit memarahi pengemis itu, "kenapa awak mencium saya?"
"Sebenarnya saya bukan mencium awak. Kan awak tahu saya mengutip hasil mengemis saya dengan mulut. Tadi baru sahaja saya kutip hasil mengemis yang awak bagi untuk saya," jawab pengemis itu bersahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment