Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Saturday, October 17, 2009

Pemandu Terbaik


Rahim memandu kereta dan tiba-tiba seorang polis menahannya. Rahim menurunkan tingkap keretanya dan bertanya kepada polis tersebut.

Rahim : Ya encik, ada apa masalah?

Polis : Erm! tak ada apa, saya telah memerhatikan cara pemanduan encik. Hari ini adalah hari bertuah encik kerana saya ingin memberikan encik wang tunai sebanyak RM5,000 kerana dianugerah pemandu terbaik. Tahniah! encik akan buat apa dengan wang ini nanti?

Rahim berfikir sejenak lalu dia pun berkata,

Rahim : Saya rasa saya nak guna duit ini untuk buat lesen kereta.

Mahmud yang duduk di sebelahnya menyampuk percakapan Rahim.

Mahmud : Encik jangan dengar apa yang dia kata. Dia ni bengong sikit kalau dah mabuk todi.

Leman yang duduk di belakang pula menjerit dalam kekecewaan.

Leman : Aku dah cakap, kita takkan terlepas dengan kereta curi ni.

Seketika itu, kedengaran pula dari bonet belakang kereta diketuk dan terdengar seseorang berkata, "pak! pak! udah sampe ke belom?"

No comments:

Post a Comment