Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Monday, February 25, 2013

Nama Unik



Payid mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kongsi, Balik Pulau. Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah Tiga Kambing dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu ‘BBGDLBTHSK.AMAT’. 

Kemudian cikgu Payid menanyakan perkara tersebut.  

“Cikgu nak tahu, siapa yang bernama BBGDLBTHSK.AMAT?”

“Saya Cikgu, ” jawab Amat sambil berdiri.

“Amat, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?” tanya cikgu Payid lagi.

“Maaf, cikgu Payid, nama saya panjang sangat.”

“Tak mengapa Amat, cakap sahaja,” tanya cikgu Payid tak sabar untuk mengetahui.

“Baik, cikgu. Nama penuh saya ialah Biar Berdentum Guruh Di Langit Bumi Tak Hancur Sebelum KiAMAT,” jawab Amat termengah-mengah.

Cikgu Payid menarik nafas panjang dan terdiam. 

Setelah keluar dari darjah Tiga Kambing, Cikgu Payid kemudian masuk ke darjah 1 Kuda dan menyemak nama murid-murid. Mata Cikgu Ajoi tertuju pada satu nama yang unik iaitu ‘BKBKBDBK.DIAN’.  

Kemudian Cikgu Payid menanyakan siapa pemilik nama tersebut. Berdirilah seorang murid dan menjawab, “saya Dian, cikgu.”

Semasa Cikgu Payid melihat wajah murid itu seiras muka Amat darjah Tiga Kambing. Cikgu Payid kemudian bertanya, “Dian ada abang di sekolah ini?”

“Ya, Cikgu. Nama dia Amat. Abang saya darjah 3.”

“Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pula?”

“Baik Cikgu, nama panjang saya ialah Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang KemuDIAN.”



Mutiara Hikmah: Daripada ibnu Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah menziarahi Said Bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman Bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah Bin Mas'ud R.A, kemudian Rasulullah S.A.W menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, “Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini,” lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya.

2 comments:

  1. sedang mengajar...tugas seorang guru memang mencabar..

    http://www.noormalashahar.blogspot.com

    www.noormalashahar.com

    ReplyDelete