Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Thursday, April 18, 2013

Pak Lebai Dan Tok Siak 




Lebai Daud dan Tok Siak Majid minum kopi ‘O’ di sebuah warung di hujung kampung. Ketika baru hendak menghirup pekat kopi ‘O’nya, Lebai Daud terbatuk kecil tatkala Tok Siak Majid berkata, “Pak Lebai, jika kamu mempunya dua buah Mercedes-Benz E 300 BlueTEC Hybrid, rim aloi 17 inci, electric windows, mempunyai pemain DVD, pendek kata semuannya sama. Adakah kamu akan memberi kepada aku sebuah?”

Lebai Daud berkata, “Majid, berapa lama kita mengenali satu sama lain? Tiga puluh tahun? Kita berkawan baik sejak sekolah rendah lagi, dan jika aku ada dua buah Mercedes berkenaan, rim aloi 17 inci, electric windows, mempunyai pemain DVD, pendek kata semuannya sama, yeah, aku akan beri yang sebuah lagi kepada kamu.”

Mereka terus menikmati harumnya kopi ‘O’. Tak lama berselang, Tok Siak Majid mendongak kepada Lebai Daud dan berkata, “Lebai, jika kamu mempunyai dua buah banglo yang ada swimming pool siap ada papan anjal, ada taman orkid belakang rumah, berhadapan dengan pantai, adakah kamu akan memberi salah sebuah kepada aku.” 

Lebai Daud berkata, “aku dah anggap kamu sahabat dunia akhirat, kamu menjadi pengapit aku semasa aku menikah. Hadir semasa men'tahnik'kan ketiga-tiga anak aku, memberi nama mereka. Kita bersekolah pondok selama empat tahun bersama. Jika aku mempunyai dua buah banglo yang ada swimming pool siap ada papan anjal, ada taman orkid belakang rumah, berhadapan dengan pantai, yeah, sudah pasti aku akan memberi salah sebuah kepada kamu.

Kopi terus dihirup. Sekali lagi Tok Siak Majid memandang Lebai Daud dan berkata, “Lebai, jika kamu mempunyai dua isteri...”

“Tunggu sebentar! Majid, kamu dah tahu aku ada dua isteri.


Mutiara Hikmah:  Dari Abu Musa R.A katanya, Nabi S.A.W bersabda: “Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya.”



No comments:

Post a Comment