Zubaidah memandu keretanya dan ketika berhenti di lampu merah keretanya tiba-tiba berhenti. Itu adalah persimpangan yang sangat sibuk dan lalu lintas di belakangnya mulai berderet panjang.
Orang di dalam kereta di belakangnya membunyikan hon terus-menerus sehingga Zubaidah panik terus mencuba menghidupkan kembali enjin keretanya.
Akhirnya Zubaidah melangkah keluar dari kereta Myvinya dan mendekati lelaki di dalam kereta di belakangnya.
“Saya tidak dapat menghidupkan enjin kereta saya,” kata Zubaidah, tersenyum, “adakah awak bermurah hati dan tolong melihat apakah yang tidak kena dengan kereta saya? Saya akan duduk dalam kereta awak dan membantu menekan hon kereta untuk awak.”
Mutiara Hikmah: Daripada Sulaiman Bin Sard R.A katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi S.A.W sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya.” Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi S.A.W bersabda: “Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”
No comments:
Post a Comment