Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Wednesday, January 2, 2013

Kisah Rokok


“Awak tahu tak rokok ni bahaya. Satu hari awak spend sekotak rokok berapa ringgit?” tanya seorang awek ketika berdating di rumah pakwenya.  

“Satu kotak sepuluh ringgit. Kenapa?” jawab si pakwe acuh tak acuh.  

“Cuba awak bayangkan kalau seminggu dah RM10 x 7 = RM70 ringgit. Kalau sebulan RM70 x 4 = RM280. Kalau dah setahun RM280 x 12 = RM3360. Let say dah 10 tahun hisap rokok RM3360 x 10 = RM33600 dan kiraan berikutnya,” jawab si awek macam pakar motivasi.

“Habis tu, kenapa?” tanya si pakwe jengkel.

“Cuba awak bayangkan kalau duit tu awak simpan. Silap-silap dah boleh beli skyline,” kata si awek menyuntik motivasi. 

“Awak tak merokokkan daripada kecik?”  

Ha'ah. Kenapa?” 

“Mana skyline awak, tak nampak pun,” kata pakwe selamba.

*******

Suatu malam ketika menonton Suzuli Cup antara Singapore menentang Thailand, isteri aku dengan nada bersahaja bertanya, “bang, kenapa abang tak merokok?”   

Aku yang sememangnya bukan penyedut nikotin mengalih pandangan pada skrin dengan serta merta menatap wajahnya, “kenapa baru sekarang hendak tanya?”  

Sebenarnya aku sendiri pun tiada jawapan.  

“Saja tanya,” jawapnya pendek.  

Aku berfikir mencari jawapan sebelum menjawap, “sebenarnya dalam tubuh badan manusia ada empat unsur. Unsur api, angin, air dan tanah. Tiada unsur asap, jadi sebab itu abang tak merokok. Lagipun asap makanan jin.” 

“Tentunya abang banyak duit. Apa kata abang tambah unsur logam pada badan saya.” 


Mutiara Hikmah: Dari Ibnu Umar R.A katanya, Rasulullah S.A.W bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum khamar di dunia lalu dia meninggal dunia sedangkan dia telah terbiasa dan belum bertaubat maka dia tidak dapat meminumnya di akhirat nanti.”

2 comments:

  1. hahahaha..unsur logam yaaa...bagus btol puan isteri.. :)

    ReplyDelete