Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Saturday, July 6, 2013

Pak Pandir Semakin Bijak



Pak Pandir bekerja sebagai penoreh getah. Dia selalu mengadu kepada isterinya yang kakinya selalu terpijak duri kerana tidak mempunyai alas kaki untuk ke kebun getah. Lalu isterinya memberikan sedikit wang dan menyuruh Pak Pandir pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut baru. Isterinya berpesan supaya menawar harga kasut sebelum membayar.

Sesampainya di pekan, Pak Pandir terus pergi ke sebuah kedai runcit. Pak pandir membelek-belek sepasang kasut berjenama Fungkiong. Dia diperhatikan atas bawah oleh tauke kedai tersebut. Setelah mencuba dan berpuas hati kasut sesuai dengan saiznya maka Pak Pakdir bertanya harga kasut tersebut.

Tauke itu memberitahu harga kasut itu enam ringgit setengah. Pak Pandir teringat pesan isterinya supaya menawar harga sebelum membayar.  

Dia pun berkata, “boleh kasi kurangkah tokeh?”

Tauke kedai menjawab, “berapa awak minta kurang?” 

Pak Pandir menjawab, “kasi kurang dua ringgit lah.” 

Tauke kedai menjawab, “okey, pak cik punya pasal saya kasi kurang dua ringgit.” 

Pak Pandir dengan perasaan gembira lalu membayar harga yang difikirkannya betul. Tauke kedai menerima duit yang diberi oleh Pak Pandir tanpa banyak soal.

Sesampainya di rumah, Pak Pakdir bukan main gembira menceritakan pada isterinya perihal dia menawar harga kasut tersebut.

Isterinya bertanya, “berapa harga kasut tu, bang?”

Pak Pandir menjawab, “harganya enam ringgit setengah. Saya tawar tauke kasi kurang dua ringgit. Jadi saya bayar sepuluh ringgit lah.”

Isterinya tercengang mendengar cerita Pak Pandir. Dia bengong bagaimana harga enam ringgit setengah bila ditawar harga menjadi semakin tinggi. Dengan penuh kemusykilan dia bertanya kenapa setelah ditawar harga menjadi semakin mahal.

Pak Pandir selamba menjawab, “harga kasut tu enam ringgit setengah, kalau nak yang setengah lagi tentulah kena bayar dua belas ringgit, dikurangkan dua ringgit jadi sepuluh ringgit lah.”


Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A, daripada Nabi S.A.W sabdanya, “Tiada menutup seseorang hamba akan keaiban seorang hamba di dunia melainkan Allah menutup keaibannya di hari kiamat.”



2 comments: