Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Saturday, April 21, 2012

Kisah Rumah Tangga



Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “malam tadi Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari ulang tahun perkahwinan kita. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak,” jawab suaminya sambil membisik manja. 



Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-Jenis Mimpi Dan Maksudnya“.







Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. 


"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?," tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. 


"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu. 


Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. 


Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:


"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."




 Mutiara Kata: 
Daripada Abu Darda' RA, Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah (golongan ini) daraipada orang-orang beriman yang sempurna imannya iaitu orang yang suka mengecam, suka melaknat, suka bercakap kufur dan suka mencarut."



No comments:

Post a Comment