Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Friday, April 13, 2012

Saudagar Keldai



Seorang saudagar keldai dari tanah Arab ingin menjual keldainya di pasar. Dalam perjalanan menuju ke destinasinya untuk menjual keldai-keldainya dia mengira satu per satu keldai-keldainya. Sambil menunggang salah seekor keldai, dia mengira, 1,2,3....9.


"Huh, tak boleh jadi ni, kurang seekor," dia merungut.


Lalu dia turun dari keldai yang ditunggangnya untuk mengira semula bilangan keldainya.


"1,2,3,4,5,6,7,8,9,10. Huh, cukup pun," katanya.


Dia kembali menunggang keldainya untuk meneruskan perjalanan ke pasar. Semasa meneruskan perjalanan itu dia mengira kembali keldai-keldainya. Dia berasa hairan kerana keldainya kurang seekor. Dia pun turun, dan mengira kembali keldai-keldainya. Dia berasa lebih hairan kerana keldainya cukup.


Lalu dia mengambil keputusan, "lebih baik aku berjalan kaki, kalau aku tak menunggang keldai nescaya aku untung seekor."


 Mutiara Kata: Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, "Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya.)"                                                 


No comments:

Post a Comment