Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Saturday, April 7, 2012

Rahsia Orang Dewasa



Di sekolah, Supardi diberitahu oleh rakan sekelasnya, bahawa sebahagian besar orang dewasa pasti menyembunyikan sekurang-kurangnya satu rahsia, dan begitu mudah sekali mengugut mereka dengan mengatakan, 'Saya sudah tahu semuanya'.

Supardi kembali ke rumah dan mengambil keputusan untuk mencubanya.

Ketika tiba di rumah, sambil memberi salam kepada ibunya, dia mengatakan, "saya sudah tahu semuanya."

Ibunya segera memberinya RM50 dan berkata, "jangan ceritakan pada ayahmu."

Kemudian dengan sabar, kanak-kanak itu menanti ayahnya pulang kerja dan menyalaminya dengan berkata, "saya sudah tahu semuanya."

Ayahnya cepat-cepat memberinya RM100 dan berkata, "tolong jangan cakap apa-apa pada ibumu."

Pada hari berikutnya, ketika Supardi hendak ke sekolah, dia bertemu dengan driver ayahnya di pintu depan. Kanak-kanak itu menyalaminya sambil berkata,"Saya sudah tahu semuanya."

Pemandu itu segera membongkok, menghulurkan tangannya dan berkata, "ke mari, nak. Peluklah ayahmu ini."

 Mutiara Kata: Daripada Abu Yaala Syaddad Bin Aus R.A daripada Nabi SAW sabdanya, "Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita  untuk menjadi hamba Allah yang diredhai."

No comments:

Post a Comment