Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Sunday, January 27, 2013

Terganggu Penonton Lain Di Pawagam


Ketika menonton filem baru di pawagam, Tan Hock Lye tidak dapat mendengar dialog dituturkan pelakon filem kerana terganggu perbualan dari dua perempuan yang duduk di depannya. 



Tidak tahan menanggungnya lagi, dia menepuk salah seorang dari mereka di bahu, “minta maaf,” kata Hock Lye, “Saya tidak dapat mendengar.”  

“Saya berharap awak tidak mendengarnya,” jawab perempuan itu keras, “Ini adalah perbicaraan peribadi.”


Mutiara Hikmah: Nabi S.A.W bersabda: “Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, dia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya: “Wahai Hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya. Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa yang bernama: Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dari pintu sedekah.” Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar R.A berkata: “Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)! Tiadaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?” Nabi S.A.W menjawab: “Ia ada! Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu.”



1 comment:

  1. It’s not necessarily in close proximity to staying related
    to the internet, yet my sister just simply handed down and observed the word
    blogger on the watch's screen. Within their eyes, the girl actually observed booger, along with inquired about exactly why I became examining concerning boogers. My spouse and i haven’t laughed so hard using some several weeks.
    Also see my webpage - Female Car Insurance

    ReplyDelete