Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Thursday, June 6, 2013

Ramalan



Di pedalaman perkampungan Borneo, diam seorang ‘mat saleh’ yang bernama Mr. John. Hobinya adalah jungle trekking. Yang merisaukan dia ketika trekking iaitu keadaan cuaca yang tidak menentu.

Orang kampung menasihati Mr. John supaya mendapatkan ramalan daripada seorang dukun orang asli kerana ramalan dia selalunya sangat tepat.

“Penduduk kampung said, uncle pandai meramal cuaca. Hmm, can I know, tomorrow hujan or tidak?” tanya Mr. John suatu pagi ketika berjumpa dukun tua itu di pasar tani.

“Hujan,” jawab dukun tua itu sepatah.

Owh, really? Thanks ya. Tomorrow I takkan masuk hutan.”  

Keesokan harinya, Mr. John datang pula ke rumah dukun untuk mendapatkan ramalan pak dukun.  

Uncle, tomorrow hujan atau tidak?”  

“Tak hujan,” jawab dukun sambil membalut daun rokok, dan dia tidak lagi menghisap Dunhill kerana harga rokok telah naik.  

Selepas mendengar ramalan pak dukun, Mr. John segera menyiapkan semua kelengkapannya untuk masuk ke dalam hutan. Aktiviti jungle trekking berjalan sungguh lancar. Dia rasa sangat gembira sekali.

Selang beberapa malam, Mr. John datang bertemu dengan pak dukun untuk mendapatkan ramalan kerana keesokannya dia ingin masuk ke dalam hutan sekali lagi.  

Kata Mr. John, “Wow, ramalan uncle memang tepat. I sungguh tak sangka. Can I know cuaca esok pula uncle?”

“Saya tak tahu. Hari ini radio saya rosak.”


Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.”





5 comments:

  1. alahai..berpandukan radio rupanya..hihhi..
    ni mesti kat situ, hnya dukun tu je yng ada radio kan.. =)

    ReplyDelete
  2. hahaha.. setuju dgn mimi.. mesti kat situ dukun tu sorang j ada radio.. ha2

    ReplyDelete
  3. hahhahaa xD lawak je.. betul2.. jgn buat perkara y boleh mbwa murkaNya ^^

    ReplyDelete
  4. Sekadar menjadikan hiburan, tiada masalah... hope jgan la kita t'pengaruh dengan amalan syirik ni..

    ReplyDelete