Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Sunday, February 3, 2013

Peguam Dan Saksi



Di dalam sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan, seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.   

“Awak kenal ini?” tanya peguam cara sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan.

“Kenal tuan,” jawab Tan Hock Lye.

“Boleh awak beritahu kepada kami?”  

“Itu gambar, tuan,” jawab Tan Hock Lye jujur. 

“Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni,” tanya peguam masih berlembut.

“Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan,” jawab Tan Hock Lye bertambah jujur. 

“Yang aku nak tau nama dia, bukannya jantina dia,” jerit peguam mula tension.

“Nama dia Puteri Balkis Ayu Berseri Tanpa Cela Binti Yob, tuan.”  

“Bila kali terakhir awak melihatnya?” tanya peguam yang kembali tenang sambil meletakkan semula gambar itu di mejanya.

“Baru sekejap tadi tuan.”  

“Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya sekejap tadi?” tanya peguam mulai berang.

“Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya,” jawab Hock Lye dengan suara perlahan.  

“Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar itu.”  

“Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni,” jawab Hock Lye dengan selamba.

“Aku bukan bercakap pasal gambar ni. Aku bercakap pasal mangsa,” terang peguam berang sambil menikam pennya pada gambar tersebut. 

“Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.”  

“Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu?” tanya peguam sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang.

“Bukan,” kata Tan Hock Lye sambil tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut. 

“Hahhh! Kenapa awak tunjuk pada saya?”  

“Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan,” kata Hock Lye.

“ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG KENA BUNUH TU LAHHHHH!!!!!” jerit peguam sebelum diusung keluar di atas stretcher dan dimasukkan ke dalam ambulance.


Mutiara Hikmah: Abu Hurairah R.A menerangkan bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Seorang lelaki berkata: ‘Demi Allah saya akan memberi sedekah’. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: ‘Telah diberi sedekah kepada pencuri’. Si pemberi itu berkata: ‘Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi’. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: ‘Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina’. Orang tersebut berkata: ‘Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi’. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: ‘Telah diberikan sedekah kepada orang kaya’. Orang itu berkata: ‘Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya’. Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya: ‘Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya’.”


2 comments:

  1. My cousin recommended I would such as this web site.
    He / she appeared to be correct. The following actually manufactured our day.
    You are unable to visualize how much time I had created spent trying to find the following.
    Here is my web blog ... criminal Record

    ReplyDelete