Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Tuesday, March 18, 2014

18SX - Tak Boleh Seks


Setelah melakukan sebuah pembedahan ringan terhadap pesakit, doktor segera mengingatkan, “selepas discharge, paling kurang dalam jangka masa seminggu jangan melakukan hubungan seks.”

“Abang dengar tak?” pesakit wanita itu berkata kepada suaminya yang berada di sampingnya, “dalam seminggu ini kita tak digalakkan melakukan hubungan seks.”

“Abang memang dengar dengan begitu jelas sekali, tapi pesanan itu ditujukan kepadamu, bukan kepada diriku.”



Mutiara Hikmah: Daripada Abu Said al-Khudri R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya dunia itu manis dan indah. Dan sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan kami sebagai khalifah di atas muka bumi, maka dia akan melihat apa yang kamu lakukan. Oleh itu takutlah dan berhati-hati terhadap dunia dan juga terhadap kaum wanita.”



Friday, February 28, 2014

Ayam Berkaki Tiga




Seorang lelaki membelok keretanya memasuki lebuhraya utara selatan, menemukan seekor ayam berlari beriringan bersamanya di tepi jalan, ketika itu dilihat jarum meter menunjukkan keretanya bergerak 60 km/jam.

Di dalam hati dia berfikir jika dia menekan sedikit minyak, ayam itu akan ditinggalkan sedikit terkebelakang dari keretanya. Keretanya bergerak ke angka 80 km/jam, tetapi ayam itu tetap berlari dengan cepat mengikutinya. Ketika kereta memecut sehingga 100 km/jam, ayam itu bergerak lebih laju dari pecutan keretanya.

Selepas lama mengamati baru lelaki itu perasan ayam itu berkaki tiga. Dengan niat menyelidiki, dia menuruti ayam itu apakah yang tersembunyi di sebalik kekuatan lariannya. Dia mengejar ayam itu  turun dari jalan bertol dan membelok ke suatu penternakan ayam.

Setelah turun dari kereta dan melayangkan pandang jauh ke depan, ternyata ayam di situ semuanya berkaki tiga. Dia bertanya penternak ayam, “mengapa ayam di ladang ini semuanya berkaki tiga?”

"Kerana setiap orang sangat suka makan paha ayam, maka aku berusaha membiakkan ayam berkaki tiga, dengan cara ini tak lama lagi aku akan menjadi jutawan.”

“Bagaimana rasa ayam berkaki tiga? Adakah lebih enak?” tanya lelaki itu.

“Aku tak tahu, tapi yang pasti sehingga saat ini masih belum ada seorang pun yang berjaya menangkap seekor ayam berkaki tiga ini,” kata peternak ayam itu.



Mutiara Hikmah: Daripada Abu Said al-Khudri R.A katanya, sabdanya Rasulullah S.A.W, “Bagaimanakah saya akan dapat bersenang-senang di dunia sedangkan malaikat Israfil telah meletakkan sangkakala di mulutnya. Dia menunggu perintah (untuk meniupnya) apabila diperintahkan maka dia akan meniupnya.” Berita itu adalah amat berat bagi para sahabat Rasulullah S.A.W, lalu Baginda bersabda, 
“Hendaklah kamu berkata, “Hasbunallahuwani’malwakil” (cukuplah Allah tempat kita menyerah).




Friday, February 21, 2014

Tak Sampai Seringgit



Pada malam akhir Maharaja Lawak Mega, pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi sedang tercengang memikirkan sesuatu. Seorang wartawan yang duduk di sebelahnya tak dapat menahan rasa hairannya, maka segera bertanya, “Datuk Aznil, saya sanggup mengeluarkan seringgit untuk mendapat tahu apa yang sedang Datuk fikirkan sekarang?” 

“Perkara yang sedang saya fikirkan nilainya tak sampai pun seringgit,” jawab Datuk Aznil Haji Nawawi.

Wartawan itu yang semakin hairan terus bertanya, “kalau begitu, perkara apa yang sedang Datuk fikirkan?”

Datuk Aznil Haji Nawawi dengan tenang menjawab, “saya sedang memikirkan tentang dirimu.”



Mutiara Hikmah: Daripada Abu Said al-Khudri R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila jenazah diletakkan (di dalam keranda) dan ditanggung oleh orang-orang lelaki di bahu mereka, jika dia seorang yang soleh dia berkata, ‘Cepatkan aku, cepatkan aku. Jika dia tidak beramal soleh nescaya dia berkata, ‘Alangkah malangnya aku, ke manakah kamu semua akan membawaku?’ Semua makhluk mendengar suaranya melainkan manusia. Sekiranya didengar oleh manusia nescaya dia akan pengsan (kerana terperanjat dengan suara tersebut).




Tuesday, February 11, 2014

Pinjam Wife



Seorang lelaki menerima sms dari jirannya yang telah berpindah 2 hari lepas: ‘Maafkan saya, saya dah guna wife tuan semasa menjadi jiran tuan semenjak 5 bulan lepas bila tuan tiada di rumah. Siang dan malam. Saya buat pengakuan ni sebab saya rasa sangat berdosa. Harap tuan maafkan saya.’  

Lelaki itu segera balik ke rumah dan memukul isterinya lalu menceraikannya dengan talak 3. Tak lama selepas itu dia menerima sms dari jirannya tadi: ‘Maaf tuan. Salah ejaan. Bukan wife tapi wifi.’



Mutiara Hikmah: Dari Abdullah Bin Mas'ud, katanya: Bersabda Rasulullah S.A.W, “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong).
Berkata seorang laki-laki, Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.
Berkata Rasulullah S.A.W, Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.



Friday, February 7, 2014

Budak Sekolah



Pada suatu pagi di sebuah sekolah rendah.

“Cikgu, boleh saya bertanya sesuatu?” tanya Susan kepada cikgu Siti.

“Boleh, tak ada masalah. Susan nak tanya apa?” tanya cikgu Siti dengan penuh sifat keibuan.

“Cikgu, boleh ke mama saya hamil?” tanya Susan perlahan.

“Berapa umur mama kamu, Susan?” tanya cikgu Siti.

“40 tahun, cikgu.”

“Owh! Tentulah masih boleh, Susan.”

“Bagaimana dengan kakak saya, cikgu?”

“Berapa umur kakak kamu?” tanya cikgu Siti.

“20 tahun, cikgu.”

“Ya, kakak kamu pun tentu boleh hamil.”

“Bagaimana dengan saya, boleh hamil ke cikgu?”

“Ha! Ha! Berapa umur kamu, Susan?”

“7 tahun, cikgu.”

“Kamu tak akan boleh hamil lagi Susan sebab kamu masih bawah umur.”

Lalu Maniam berbisik kepada Susan, “Hah! Kan saya dah kata Susan, tak ada apa yang nak kita risaukan.”


Mutiara Hikmah: Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya: Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya.”



Thursday, January 2, 2014

Kisah Siti, Seri, Murni dan Suri


Mak Minah dan Pak Mat mempunyai empat orang anak perempuan yang sangat disayangi, Siti, Seri, Murni dan Suri.  

Suatu hari mereka berpakat untuk kahwinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.  

Siti berbulan madu ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni berkunjung ke Pulau Kapas dan Suri berseronok ke Pulau Pangkor.  

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu kamu semua. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai kod iklan sahaja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat.”  

Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Seminggu kemudian mereka menerima sms dari Siti yang bertulis ‘KFC’. Tercari-carilah kedua suami isteri itu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis ‘HINGGA MENJILAT JARI’. Berbahagialah si Siti itu rupanya kata mereka.    

Keesokan harinya mereka menerima sms dari Seri yang bertaip ‘NESCAFE’. Maka mereka pun mencari iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis ‘NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR’. Bahagia juga si Seri rupanya, fikir mereka berdua.  

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula sms Murni yang tercatat ‘STANDARD CHARTERED’. Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan itu ‘BESAR, TEGUH DAN PERAMAH’.  

“Bahagianya si Murni tu bang,” kata Mak Minah pada Pak Mat.  

Seminggu berlalu tapi masih tiada sms atau perkhabaran dari Suri. 

Dua minggu, sebarang khabar berita tak kunjung tiba. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya.   

Masuk minggu ketiga, barulah mereka menerima sms dari Suri dengan isi kandungannya yang bertulis ‘AIR ASIA’.   

Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.  

Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tahu samada nak senyum atau nak menangis.  

“Bahagia ke si Suri tu bang?” tanya Mak Minah pada Pak Mat.    

Ntah,” jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.  

“Apa motto iklan tu,” tanya Mak Minah lagi.    

Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap, 7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!


 
Mutiara Hikmah: Dari Amru Bin Auf R.A katanya Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah S.W.T pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”




Sunday, December 29, 2013

Anak Mama


Mutiara Hikmah: Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang ke rumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu di sisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi S.A.W datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka.”

Kredit: shadawentz