Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Tuesday, April 3, 2012

Kisah 'Couple'



Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size."

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sungguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. 

Dengan perasaan marah dia berteriak, "baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?"

"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini," kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.





Sewaktu merayakan ulangtahun perkahwinan yang ke-15 tahun, seorang isteri mengingatkan suaminya.


"Apakah abang masih ingat sewaktu abang melamarku, aku begitu terkesima sehingga aku tidak bisa berbicara selama 1 jam?"

"Ya, sayang, itu adalah 1 jam paling bahagia dalam hidupku," kata si suami selamba.






 Mutiara Kata: Daripada Abu Dzar Jundub Bin Janadah dan Abu Abdul Rahman Muaz Bin Jabal R.A, daripada Rasulullah SAW, telah bersabda, "Bertakwalah kamu kepada Allah bila dan di mana saja kamu berada, susulkanlah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebajikan itu akan menghapuskan kejahatan dan bergaullah dengan sesama manusia dengan akhlak yang mulia."



1 comment: