Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Friday, September 7, 2012

Hukuman Untuk Anak


Ketika sedang ralit mengorek paip air yang tersumbat di dapur, Arianna puteri bongsuku datang ke dapur mencariku.

“Mama, kalau adik menumpahkan bubur kacang di atas sofa, hukuman apa yang akan mama berikan?” 

Dengan ekspresi yang kurang senang dan tanpa berfikir panjang aku memarahinya, “sudah tentu mama akan merotanmu.”   

Seketika senyum manis tersimpul di bibirnya, “kalau begitu mama kena cepat-cepat merotan kak Awatif, kerana dia baru sahaja menumpahkan bubur kacang di atas sofa baru mama.” 


Mutiara Hikmah: Orang yang yakin dan penuh harap akan nampak ros dan bukan durinya. Tetapi mereka yang putus harap selalu akan nampak duri dan tidak bunga rosnya. -Kahlil Gibran-



1 comment:

  1. Menghukum anak secara setimpal memang berguna sbg cara mendisiplin anak-anak. Aku selalu berpegang kepada "Melentur buluh biarlah dari rebungnya."

    Entri blog: Keliru Tentang Jamak dan Qasar

    ReplyDelete