Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Monday, May 20, 2013

Cerita Kedai Kopi.: Pengakuan



Setelah meletakkan gelas minuman, tuan kedai tanpa meminta izin duduk berhadapan seorang anak muda yang baru pertama kali singgah di kedainya.

“Pak cik tengok kamu termenung sejak tadi. Kalau tak keberatan, ceritakan kepada pak cik. Mana tahu pak cik boleh tolong,” kata tuan kedai membuka perbualan.

“Begini pak cik,” pemuda itu membuka mulut, “sebenarnya saya mempunyai kekasih sejak tiga tahun yang lalu. Sepanjang perkenalan kami belum pernah berlaku sesuatu yang kurang elok dalam perhubungan kami. Semalam, ketika singgah di rumahnya, ketika tiada orang kecuali kami berdua, kami telah terlanjur.”

“Astagfirullah Al'azim. Allah Maha Pengampun. Mohonlah keampunanNya.”

“Pak cik, minggu lepas saya mencari kekasih saya di pejabat dengan niat mengajaknya lunch, tetapi tiada seorang pun di situ kecuali seorang kawan baiknya. Telah terjadi sesuatu yang tak diingini antara kami berdua.”

“Ya Allah. Sepatutnya pengalaman pertama telah menyedarkan kamu.”

“Sepatutnya,” tutur pemuda itu, “sebenarnya pengalaman pertama terjadi sebulan yang lalu ketika saya mencarinya di rumah pak ciknya, ketika yang ada di situ hanya mak ciknya. Saya telah tidur dengan mak ciknya.”

“Astagfirullah Al'azim. Dengan mak cik dia sekali kamu balun.”

Pemuda itu menutup muka dengan kedua-dua tapak tangannya. Ketika mengangkat mukanya, pak cik kedai sudah tiada di hadapannya.

“Pak cik, pak cik,” cari pemuda itu.

Setelah puas mencari, pemuda itu mendapati tuan kedai menyorok di bawah meja di belakang kedai.

“Pak cik, kenapa pak cik menyorok di sini?” tanya pemuda itu.

“Maaf nak, secara tiba-tiba baru pak cik perasan tiada orang di sini kecuali kita berdua.”


Mutiara Hikmah: Dari Amir Bin Saad dari bapanya R.A katanya: Pada suatu hari Rasululah S.A.W datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu'awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda. Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda: “Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.”



5 comments:

  1. tak berapa nk fahamla cerita ni..apasal pakcik tu tetiba sembunyi plak,pastu ckp 'baru perasan xdda org lain'...apapn salam kenal :)

    ReplyDelete
  2. Cuba perhatikan kembali..bila berdua sahaja pasti saja pemuda itu akan terlanjur dengan orang2 yang dekat dengannya...jadi pak cik tu risau dia pun kena 'balun' sekali...

    ReplyDelete
  3. hehe..memang lawak..thumps up..

    ReplyDelete
  4. Hehe...sibbik pakcik tu prasan :D

    ReplyDelete
  5. Baca versi english di sini: http://jokesvogue.blogspot.com/2013/05/confession.html

    ReplyDelete