Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Wednesday, February 29, 2012

Suami Sengau




Limah baru saja berumahtangga dengan suaminya, Seman atas dasar pilihan keluarganya dan tinggal di kawasan perkampungan. Walaupun Seman sengau orangnya, Limah tidak kisah malah mereka begitu bahagia dan tiada sebarang masalah yang terlalu besar sama ada dari segi komunikasi, nafkah zahir atau pun batin. Cuma ada kalanya Limah sukar memahami apa yang suaminya cuba perkatakan ketika berkomunikasi.


Pada suatu malam Jumaat, mereka berdua bersetuju untuk membuka ‘kaunter pembayaran nafkah batin’. Setibanya malam, Seman agak letih sedikit disebabkan pada siangnya dia berkerja keras menoreh getah sehingga 10 ekar. Maka Seman tidak mahu bekerja keras untuk sesi tersebut dan dia mengambil keputusan untuk berperanan sebagai ‘orang bawahan’ sahaja. 


Setelah tiba waktu yang sesuai, Seman pun berbaring terlentang dan ‘transaksi pembayaran’ pun bermula.
Nak dijadikan cerita, dalam masa urusan tersebut seekor semut api yang bermastautin di atas katil  telah merayap sehingga terjumpa dengan dua buah ‘batu lembut’ kepunyaan Seman. Oleh kerana pada masa itu semut tersebut mendapati ‘batu-batu’ tersebut seperti hendak melompat-lompat bagaikan nak menindihnya maka semut api tersebut terpaksa mempertahankan diri dengan menyepit sekuat hatinya ‘batu lembut’ tersebut.

Seman yang dari tadinya sedang asyik melaungkan “hedap, hedap,” tiba-tiba terkejut dan merasa sakit lalu bersuara dengan agak kuat sedikit, "haduh, Mah. Hemut, hemut, hemut."

“Dah kemut ni bang,” jawab Limah.
“Hemut, hemut. Hemut higit helur hahu,” sambung Seman yang cuba cabut anunya. Tapi masih dihalang oleh Limah.
“Dah kemut dan gigit kuat dah ni bang. Nak kemut dan gigit macam mana lagi,” sambung Limah lagi dalam nada merenggek berahi.
“Laaa Mah. Haduhhhh! Hemut higit hagi huat,” celah Seman.
“Bang, tengah kemutlah ni. Nak gigit kuat camna lagi. Dah habis gigit dah ni,” sampuk Limah.
“Iskh! Iskh! Ishk. Hak haham la Mah ni. Hahu hata hemut hat helur hahu. Haku nak habut hulu,” balas Seman.
“Masa ni mana boleh cabut bulu bang, kok ya pun tunggu la selesai dulu baru cabut bang,” balas Limah yang hampir kecewa kerana ganguan tersebut.
“Hukan. Hemut higit hat helur hahu.”
“Mana boleh sampai telur-telur pun masuk bang. Ni dah habis dalam dah ni.”
Limah yang dari tadi sedang asyik menerima bayaran rasa sedikit terganggu dengan kerenah Seman tidak berapa nak peduli dan tidak mahu berhenti kerana dia merasakan masa untuknya menutup kaunter sudah hampir tiba.

Limah semakin laju membuat ‘kira-kira’ sedangkan Seman di bawah terkulat-kulat terpaksa memberi bayaran dalam antara sedap dan sakit. Si semut pula bila keadaan semakin tak menentu kerana gegaran gampa bumi yang semakin menjadi-jadi, dia pun mempertingkatkan kuasa dalamannya untuk menggandakan serangan ke atas ‘batu-batu’ yang mengancam keselamatannya. 

“Haduh Mah. Hakit. Hedap. Hakit mah. Hemut hat helur hahu Mah. Hemut hakin huat Mah hat helur haku," Seman sendiri dah tak tahu macam mana nak bagitahu Limah. Sedap ada, sakit pun rasa.
Limah yang merasakan sudah tiba waktunya untuk dia menutup kaunter, terus menggandakan kuasa dalamannya untuk membuat ‘kira-kira’ dengan laju sekali begitu juga si semut tadi semakin kuat goncangan ‘gempa bumi’, maka semakin kuatlah dia menggandakan serangan. Keadaan berlanjutan lebih kurang 2 minit seterusnya dan dalam masa itulah si Seman tak habis-habis bising.
“Ah! Hedap,” bila semut api tu ketip kuat, ”aduh! Hakitt. Hemut higit helur hahu.”
Begitulah nasib Seman. Limah sudah tak memperdulikannya lagi. Dia meneruskan ‘kira-kira’ di atas ‘bayaran’ yang diberikan Seman sehinggalah selesai ‘sesi pembayaran’.
Apabila kedua-duanya berpuas hati dengan ‘transaksi pembayaran’ tadi Seman pun bingkas bangun lalu mencapai lampu picit dan menyuluh ke arah tempat yang kena gigit semut api tadi.
“Tu hemut hat helur hahu tu.”
“Apa ni bang. Kan dah sudah dah. Dah cabut pun. Takkan gatal nak mintak kemut lagi?"
Seman malas nak bertekak lalu dia pun mengambil semut api tadi dan tunjukkan kepada isterinya.
"La, semut. Ingatkan apa tadi. Patutlah meracau tak tentu pasal pun. Selalunya tak macam ni. Iskh! Iskh! Iskh! Semut oh! semut. Kenapalah kau jadi begini,” kata Limah lalu mambuang semut tadi sambil ketawa.



Mutiara Kata: Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga subuh."

Sunday, February 26, 2012

Membuat Persiapan Operation Appendix



Suatu hari di sebuah hospital, seorang gadis cantik berbaring di atas stretcher. Sebentar lagi dia akan di bedah kerana mengalami appendix . Gadis cantik itu sudah tidak memakai pakaian, namun sehelai kain putih menutupi bahagian atas badannya.

Tidak lama kemudian, seorang jururawat menolak stretcher tersebut untuk menuju bilik operation. Stretcher itu melalui lorong-lorong hospital yang kebetulan ketika itu sangat sunyi. Jadi beruntunglah si gadis, kerana kalau banyak orang, pasti malu jadinya.

Sampai di depan bilik operation, jururawat meletakkan stretcher di tepi, kemudian masuk ke dalam untuk memeriksa adakah peralatan operation di dalam sudah siap. Ketika jururawat ini memeriksa, si gadis di tinggal sendirian dengan hanya ditutupi sehelai kain putih.

Datang seorang lelaki berpakaian putih melintasi si gadis. Dia membuka kain putih tersebut, melihat-lihat sebentar lalu melangkah pergi. Dari kejauhan tampak lelaki tersebut berbual sesuatu kepada kawannya yang lain.

Lelaki yang berbual dengan lelaki pertama kemudian menghapiri si gadis, membuka kain putih yang menutupi si gadis, melihat-lihat sebentar, lalu beredar pergi.

Lelaki ketiga datang mendekati si gadis.

Si gadis yang mula tidak sabar berkata, "doktor saya rasa sudah cukup pemeriksaannya. Bila saya akan dibedah?"

Lelaki ketiga kelihatan bingung lalu menjawab, "entahlah cik adik, saya tidak tahu. Di sini kami hanya ditugaskan mengecat lorong hospital ini."




Mutiara Kata: Dari Abdullah r.a katanya: "Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: 'Ya Rasulullah. Demam anda betambah teruk'. Jawab baginda, 'memang demamku sama dengan demam dua orang kamu'. Kataku pula, 'semoga anda mendapat pahala berganda pula'. Jawab baginda: 'Semoga'.Kemudian sabda baginda pula: 'Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya'."


Burung Kakak Tua Bekas Rumah Pelacuran



Seorang wanita melangkah masuk ke kedai menjual haiwan dan melihat seekor burung kakak tua besar yang sangat cantik. Terpampang harganya hanya 50 ringgit.

"Kenapa murah sangat?," tanya wanita itu kepada pemilik kedai.

Si pemilik menjawab, "begini, pertama sekali saya harus ceritakan dulu bahawa burung ini dahulu di pelihara di rumah pelacuran, jadi kadang-kadang kata-katanya mengandungi kelucahan melampau."

Si wanita berfikir sejenak, tapi tetap memutuskan untuk membeli burung yang cantik itu. Dia membawanya pulang dan meletakkannya di sangkar, lalu menggantung sangkar itu di ruang tamu dan menunggu burung itu berkata-kata.


Burung itu melihat ke sekeliling ruangan, lalu melihat si wanita dan berkata, "rrumah barru, ibbu ayyam barru."

Wanita itu merasa terkejut, tapi menganggapnya lucu, "tak apalah," fikirnya.

Ketika dua anak gadisnya pulang dari sekolah, burung itu melihat mereka dan berkata, "rrumah barru, ibbu ayyam barru, cikkaro jambbu barru."

Gadis-gadis dan wanita itu merasa sedikit tersinggung tapi akhirnya boleh mentertawakan situasi itu.

Beberapa minit kemudian Benny, suami sang wanita pulang dari pejabat. Burung itu melihatnya dan berkata, "hello Benny."



Mutiara Kata: Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya." 

Ada Sepuluh Minit Lagi



Seorang lelaki berpakaian kemas dan segak sedang berjalan kaki menuju ke sebuah kedai buku, secara tiba-tiba muncul seorang budak di hadapannya dan bertanya, "maaf pak cik, boleh tumpang tanya. Sekarang pukul berapa?"

Lelaki tersebut membengkokkan lengan kirinya di depan dada, melihat jam tangannya dan berkata, "lagi lima belas minit pukul tiga."

Budak comel itu mengucapkan terima kasih, lalu berkata, "tepat pukul tiga nanti pak cik boleh mencium punggung saya." 



Dia kemudian melarikan diri.

Lelaki tersebut merasa diperlekehkan dan mengejar budak itu untuk memberinya pengajaran.

Ketika sedang asyik mengejar, seorang rakan sepejabat menghentikannya.

"Kenapa kamu  lari macam ribut?," tanya rakan tersebut.

Sambil menunjuk kepada budak itu, dalam keadaan termengah-mengah lelaki kacak itu bercerita, "budak itu bertanya pukul berapa, lalu aku menjawab lagi lima belas minit pukul tiga. Kamu tahu, dia cakap pukul tiga tepat aku boleh mencium punggungnya."


Rakannya melihat jam dan berkata, "laa, ada sepuluh minit lagi, kenapa terburu-buru?"




Mutiara Kata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya." 


Thursday, February 23, 2012

Baju Terbakar



Yanti adalah seorang pembantu rumah. Suatu pagi, dia menlefon majikannya di pejabat.

"Hello boss, Yanti bercakap."

"Iya, Atie, ada apa telefon?," jawab bossnya yang baru lepas meeting dengan client.

"Ah, tidak ada apa-apa boss, saya cuma mahu meminta maaf. Sewaktu saya seterika tadi, baju Orlando yang boss beli kat Paris terbakar."

Majikan yang sedang sibuk menjawab, "sudahlah Atie, biar saja. Tidak mengapa, nanti saya beli yang baru."

"Oh! Boss memang baik. Terima kasih"

"Hello Atie, kedengaran ramai sekali suara-suara di sebelah kamu. Kamu telefon dari mana?"

"Saya telefon di pondok telefon, boss."

"Kenapa tidak telefon dari rumah saja?"

"Bukan tidak mahu guna telefon rumah, boss. Masalahnya rumah turut terbakar dengan baju boss sekali masa saya report tadi."

"Apaaaaaaa...???!!"




Mutiara Kata: Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila hamba sahayamu membuatkan makanan bagimu, kemudian makanan itu dibawanya ke hadapanmu dalam keadaan panas dan berasap, suruhlah ia duduk dan makanlah bersama-sama dengannya. Jika makanan itu hanya sedikit, letakkan di tangannya sesuap atau dua suap. 

Huraian Hadis:
Layanan terhadap orang gaji atau pekerja bawahan dilakukan dengan membayar gajinya sebelum keringatnya kering, tidak membebaninya dengan sesuatu yang ia tidak sanggup dilakukannya, menjaga kehormatannya dan menghargai kebaikannya. Dia juga hendaklah ia diberi makan dari apa yang kita makan dan diberi pakaian sebagaimana yang diperlukan. Manakala hadith di atas memberikan kita pengajaran bahawa dalam diri seorang majikan itu juga tidak sepatutnya ada sifat angkuh dan sombong kerana dua sifat ini sangat dibenci oleh Allah SWT. Pernah diriwayatkan bahawa pada suatu hari, Umar Bin Abdul Aziz berkata kepada hamba sahaya perempuannya, "kipaslah aku sampai aku tertidur." Lalu hambanya pun mengipasnya hingga ia tertidur.  Kerana sangat mengantuk, hamba itu juga tertidur. Ketika Umar bangun, beliau mengambil kipas tadi dan mengipas hamba sahayanya. Ketika hamba sahaya itu terbangun, maka ia pun terkejut mendapati tuannya melakukan hal tersebut. Umar kemudian berkata, "engkau adalah manusia biasa seperti diriku dan berhak mendapat kebaikan seperti halnya aku, maka aku pun melakukan hal ini kepadamu, sebagaimana engkau melakukannya kepadaku. Demikianlah contoh yang harus ada bagi seorang majikan yang berhati mulia dan bertimbang rasa.



Kisah ZIZAN Raja Lawak ( UIA Gombak ) - Ustaz Azhar Idrus

Tuesday, February 21, 2012

Memberi Makanan Anjing Untuk Suami



Seorang wanita separuh umur berhenti di sebuah mini market setiap hari selama berbulan-bulan. Dia selalu singgah untuk membeli makanan anjing. Suatu hari penjaga mini market itu bertanya kepada wanita itu, "jenis anjing apa yang puan miliki?"

Dia menjawab, "saya tidak memiliki anjing. Suami saya makan makanan ini untuk sarapan pagi setiap hari dan dia suka sangat."

Petugas itu mengatakan, "Puan, ini tidak layak untuk dijadikan kudapan manusia, boleh membuat dia sakit, bahkan mungkin membunuhnya."

Wanita itu tetap membeli makanan anjing dan segera keluar dari kedai itu.

Hal ini berlanjutan selama berbulan-bulan, kemudian dia berhenti datang ke mini market itu. Beberapa minggu kemudian perempuan tua itu  berhenti dan membeli roti.



Si petugas yang kehairanan bertanya, "adakah puan ingin membeli makanan anjing?"

Dia menjawab, "tidak, suami saya meninggal beberapa minggu lalu."

Petugas itu berkata, "saya sudah berkali-kali mengingatkan puan, sebenarnya makanan anjing boleh membunuh suami puan."

Wanita tua itu berkata, "Oh, makanan anjing tidak ada hubungannya dengan itu. Suami saya berada di persimpangan jalan dan berhenti, mengangkat salah satu kakinya dan dilanggar kereta."




Mutiara Kata: Dari Syaddad Bin Aus dan Al- Sunabihi r.a keduanya telah masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" Ia menjawab: "Aku berada dalam keadaan baik." Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: " Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Apabila Aku menguji seseorang dari hamba-hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya- bersih dari segala kesalahan", dan Tuhan Tabaraka wa Taala berfirman kepada Malaikat penulis amal itu: "Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat."