Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Sunday, February 26, 2012

Membuat Persiapan Operation Appendix



Suatu hari di sebuah hospital, seorang gadis cantik berbaring di atas stretcher. Sebentar lagi dia akan di bedah kerana mengalami appendix . Gadis cantik itu sudah tidak memakai pakaian, namun sehelai kain putih menutupi bahagian atas badannya.

Tidak lama kemudian, seorang jururawat menolak stretcher tersebut untuk menuju bilik operation. Stretcher itu melalui lorong-lorong hospital yang kebetulan ketika itu sangat sunyi. Jadi beruntunglah si gadis, kerana kalau banyak orang, pasti malu jadinya.

Sampai di depan bilik operation, jururawat meletakkan stretcher di tepi, kemudian masuk ke dalam untuk memeriksa adakah peralatan operation di dalam sudah siap. Ketika jururawat ini memeriksa, si gadis di tinggal sendirian dengan hanya ditutupi sehelai kain putih.

Datang seorang lelaki berpakaian putih melintasi si gadis. Dia membuka kain putih tersebut, melihat-lihat sebentar lalu melangkah pergi. Dari kejauhan tampak lelaki tersebut berbual sesuatu kepada kawannya yang lain.

Lelaki yang berbual dengan lelaki pertama kemudian menghapiri si gadis, membuka kain putih yang menutupi si gadis, melihat-lihat sebentar, lalu beredar pergi.

Lelaki ketiga datang mendekati si gadis.

Si gadis yang mula tidak sabar berkata, "doktor saya rasa sudah cukup pemeriksaannya. Bila saya akan dibedah?"

Lelaki ketiga kelihatan bingung lalu menjawab, "entahlah cik adik, saya tidak tahu. Di sini kami hanya ditugaskan mengecat lorong hospital ini."




Mutiara Kata: Dari Abdullah r.a katanya: "Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: 'Ya Rasulullah. Demam anda betambah teruk'. Jawab baginda, 'memang demamku sama dengan demam dua orang kamu'. Kataku pula, 'semoga anda mendapat pahala berganda pula'. Jawab baginda: 'Semoga'.Kemudian sabda baginda pula: 'Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya'."


No comments:

Post a Comment