Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Friday, February 17, 2012

Baju Dia Kotor




Sepasang suami isteri baru sahaja berpindah ke rumah baru. Setelah memindahkan ke semua perabot dan barangan, si isteri memilih satu sudut yang menghadap tingkap bagi meletakkan meja tulis.


Di situlah nanti dia akan menghabiskan masanya menulis dan mengemas kini blognya memandangkan dia suri rumah sepenuh masa.


Sambil menulis, dia dapat memerhatikan segala gelagat jirannya dari tingkat dua pangsapuri yang di sewa. Apatah lagi kawasan yang didiaminya itu kawasan yang terkenal sebagai kawasan yang berpenduduk padat.


Pada suatu hari dia ternampak jirannya menjemur baju. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila suaminya pulang, diceritakan kepada suaminya perihal jirannya itu.


"Saya rasa jiran kita itu tidak reti mencuci bajulah abang," luahnya kepada suami, satu-satunya teman berbual.


"Kenapa sayang cakap macam tu?"


"Sebab saya nampak baju-baju yang dia jemur macam kurang bersih. Masih ada lagi kotoran yang melekat."


"Oh," balas suaminya ringkas sambil mencuri pandang ke arah tingkap.


Setelah seminggu berlalu, si isteri bercerita lagi kepada suaminya, "jiran kita tu dah reti cuci baju. Saya tengok baju yang dia jemur bersih. Tidak macam biasa."


Suaminya terangguk-angguk.


"Masalahnya bukan jiran kita tu tidak tahu mencuci baju atau cuci baju ala kadar, tetapi masalahnya  ialah tingkap kita ni  yang kotor. Hari ahad hari tu abang dah cuci tingkap sampai bersih berkilat," jelas suaminya. 



Mutiara Kata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim." [Al-Bukhari]

No comments:

Post a Comment