Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Saturday, February 18, 2012

Lempeng Paling Sedap


Sewaktu makan tengahari di United Kingdom, seorang pelancong berasal dari Malaysia terlalu merindui dengan masakan Malaysia ala Kedah, 'peknga' (ada sesetengah tempat di panggil lempeng atau tempek).

Segera di carinya kedai makan Malaysia dan memesan 'peknga'. Setelah di makan ternyata lebih enak daripada 'peknga' di Kedah yang asli sehingga membuatnya jadi kehairanan.

"Encik, apa rahsianya lempeng di sini rasanya lebih sedap dibandingkan dengan di tempat asalnya?," tanyanya kehairanan.

"Oh, itu kerana pisangnya, encik. Di Kedah pakai pisang tempatan, sementara kami di sini memakai pisang import," jawabnya.

"Sebenarnya import dari mana?"

"Dari Kedah, encik."




Mutiara Kata: Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: "Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir." Baginda ditanya oleh seseorang: "Apakah mereka kafir kepada Allah?" Jawab Rasulullah, " Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata: "Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun." [Al-Bukhari]


No comments:

Post a Comment