Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Sunday, February 12, 2012

SamDol


SAM : Apa yang tak kena tu Dol?
DOL : Termos ni ha, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu. Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah.






SAM : Lawa rambut kau tu macam teknik rebonding, hitam dan bersinar. Sayangnya rambut tu tumbuh kat dada, kalau tumbuh kat kepala kau yang bersinar tu bukankan bertambah hensem.
DOL :  Grrrr!!






SAM : Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL : Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya.




SAM : Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL : Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.






SAM : Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL : Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.









SAM : Apasal kau marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL : Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit.





SAM : Hantu Bungkus.
DOL : Kat mana?
SAM : Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Mak cik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah.









SAM : Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL : Sebab aku bela ikan emas. Aku jumpa ia mati dalam air.









SAM : Semalam aku nampak hantu.
DOL : Uih! Kau terkejut tak?
SAM : Taklah. Hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL : Mana kau tahu?
SAM : Aku tengok muka dia pucat semacam jer.









SAM : Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu.
DOL : Susah apa, aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM : Campurkan semua markah , dapatlah 200 markah?
DOL : Pandai pun kau.







SAM : Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?
DOL : Kat kampung aku ni, biasa jer.
SAM : Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.
DOL : Takut terlangar orang kampung aku.





DOL : Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel 
tak dapat.
SAM : Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu, ketuhar microwave.








SAM : Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL : Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan.
SAM : Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah.




SAM : Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL : Gula dah habis.
SAM : Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL : Kan aku kata, sebab gula dah habislah.









SAM : Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL : Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong.







SAM : Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL : Biasalah tu, "consulation fees".
SAM : Tapi aku jumpa dia kat bus stop.







DOL : Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.
SAM : Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?
DOL : Buat dono jer.








SAM : Aku ada AIDS? mana ada.
DOL : Aku baca 1 dari 10 orang kat negara ni ada AIDS. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada AIDS, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu.








CIKGU : Francis Light ialah orang yang menemui Pulau Pinang, siapakah yang menemui Pulau Pangkor?
DOL : Francis Mild, cikgu.





SAM : Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk.
DOL : Iya ke? Kalau macam ni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan 
lebih baik lagi.








SAM : Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase?
DOL : Aku dah naik pangkat la, sekarang aku jadi BRANCH MANAGER.



SAM : Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL : Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI".







Mutiara Kata: Rasullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan." (Riwayat Al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment