Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Tuesday, February 7, 2012

Gajah Liar



Tiga pengembara ingin berkhemah berhampiran air terjun. Mereka memilih satu kawasan air terjun yang terdapat di sebuah hutan dara.


Dalam perjalanan menuju ke kawasan air terjun, mereka telah tersesat. Hari sudah hampir senja. Tiba di suatu kawasan, mereka ternampak papan tanda yang ditulis oleh pihak Perhilitan : "Awas, kawasan gajah liar." 


Dua orang pengembara amat cemas, namun seorang pengembara hanya tersenyum. Tiba-tiba, mereka ternampak seekor gajah liar 500 meter di depan mereka sedang memakan pisang hutan. 


Lalu pengembara yang tersenyum tadi memberi arahan, "kamu berdua jangan panik. Atuk aku pesan, jikalau terserempak dengan gajah liar, kita mesti jangan bergerak, pura-pura menjadi sebatang pokok kayu." 


Lalu, mereka semua berdiri dan menegapkan badan. Gajah liar tersebut berjalan ke arah ketiga-tiga pengembara. 


Pengembara yang berada dalam ketakutan bertanyakan pengembara yang tersenyum tadi, "atuk engkau di mana sekarang?".


Pengembara yang tersenyum tadi menjawab, "atuk aku dah meninggal dunia tahun lalu, kena pijak gajah liar." 




Mutiara Kata: Hadis Rasullah SAW: "Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya." (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud)

No comments:

Post a Comment