Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Thursday, February 23, 2012

Baju Terbakar



Yanti adalah seorang pembantu rumah. Suatu pagi, dia menlefon majikannya di pejabat.

"Hello boss, Yanti bercakap."

"Iya, Atie, ada apa telefon?," jawab bossnya yang baru lepas meeting dengan client.

"Ah, tidak ada apa-apa boss, saya cuma mahu meminta maaf. Sewaktu saya seterika tadi, baju Orlando yang boss beli kat Paris terbakar."

Majikan yang sedang sibuk menjawab, "sudahlah Atie, biar saja. Tidak mengapa, nanti saya beli yang baru."

"Oh! Boss memang baik. Terima kasih"

"Hello Atie, kedengaran ramai sekali suara-suara di sebelah kamu. Kamu telefon dari mana?"

"Saya telefon di pondok telefon, boss."

"Kenapa tidak telefon dari rumah saja?"

"Bukan tidak mahu guna telefon rumah, boss. Masalahnya rumah turut terbakar dengan baju boss sekali masa saya report tadi."

"Apaaaaaaa...???!!"




Mutiara Kata: Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila hamba sahayamu membuatkan makanan bagimu, kemudian makanan itu dibawanya ke hadapanmu dalam keadaan panas dan berasap, suruhlah ia duduk dan makanlah bersama-sama dengannya. Jika makanan itu hanya sedikit, letakkan di tangannya sesuap atau dua suap. 

Huraian Hadis:
Layanan terhadap orang gaji atau pekerja bawahan dilakukan dengan membayar gajinya sebelum keringatnya kering, tidak membebaninya dengan sesuatu yang ia tidak sanggup dilakukannya, menjaga kehormatannya dan menghargai kebaikannya. Dia juga hendaklah ia diberi makan dari apa yang kita makan dan diberi pakaian sebagaimana yang diperlukan. Manakala hadith di atas memberikan kita pengajaran bahawa dalam diri seorang majikan itu juga tidak sepatutnya ada sifat angkuh dan sombong kerana dua sifat ini sangat dibenci oleh Allah SWT. Pernah diriwayatkan bahawa pada suatu hari, Umar Bin Abdul Aziz berkata kepada hamba sahaya perempuannya, "kipaslah aku sampai aku tertidur." Lalu hambanya pun mengipasnya hingga ia tertidur.  Kerana sangat mengantuk, hamba itu juga tertidur. Ketika Umar bangun, beliau mengambil kipas tadi dan mengipas hamba sahayanya. Ketika hamba sahaya itu terbangun, maka ia pun terkejut mendapati tuannya melakukan hal tersebut. Umar kemudian berkata, "engkau adalah manusia biasa seperti diriku dan berhak mendapat kebaikan seperti halnya aku, maka aku pun melakukan hal ini kepadamu, sebagaimana engkau melakukannya kepadaku. Demikianlah contoh yang harus ada bagi seorang majikan yang berhati mulia dan bertimbang rasa.



No comments:

Post a Comment