Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Monday, July 9, 2012

Pramugari Lawan Ulama


Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.

“Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki,” kata pramugari dengan suara sedikit dikeraskan.

Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?” tanya ulama dengan suara lembut dan penuh rendah diri.



Masih dengan sifat angkuh pramugari itu berkata, “kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.”

Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari,” kata u
lama dengan bersahaja.



Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan, iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

4 comments:

  1. Saya dah berkerja selama 17 tahun dalam kapalterbang, dah mcm2 kerenah dungu dah bahalol saya jumpa. Persoalan saya ialah bila mengunakan perkataan "ulama" disini. Dari pemahaman saya, "Ulama" tu kurang kefahaman ke tentang cara2 mengambil wuduk? Secara asasnya, tertib wuduk ialah meratakan air dianggota badan. Fasiliti didalam kapalterbang tidak mengizinkan kita mengambil wuduk seperti disurau, rumah dan sebagainya. Tetapi tidak pernah menjadi masalah untuk mengambil wuduk namun janganlah sampai menyusahkan orang lain. Selama ini 2 perkara penting yang anak2 kapal dilarang menegur penumpang atas isu sentitif iaitu AGAMA dan POLITIK. Pencerahan yang cuba ditimbulkan ini cuma memburuk-burukkan "Ulama" jua. Menunjukkan seolah-olah "Ulama" kurang pandai, tidak bertimbangrasa dan tidak peka dengan masalah orang lain dan juga tertib berwuduk. Saya faham tujuan post ini tetapi saya rasa kurang sesuai dengan contoh watak tersebut. Kadang2 kita dalam cuba untuk menunjuk kealiman kita, kita juga tidak lari dari kesilapan. Dan utk pengetahuan semua, saya juga mengambik wuduk didalam kapalterbang dan saya dapati lebih mudah mengunakan cawan kertas dan curahkan ke sink utk meratakan air ke kaki. Dan sebagaimana saya maklumkan ini kapal terbang bukan masjid. Islam ini mudah. Alasan nak buat tu jer susah.
    Saya nak kongsi satu lagi pengalaman saya. Bulan ramadan, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah. Penumpang berpuasa dari KUL dan bersahur mengikut waktu Malaysia, berkeras untuk berbuka mengikut waktu Malaysia iaitu pukul 7.30 malam tetapi bersamaan 3.30pm waktu Jeddah (Terang-benderang diluar kapal). Katanya, "Ulama Internet" mengizinkan dia berbuka mengikut masa Malaysia. Saya sebagai anak2 kapal yang dipandang rendah didikan agama ini tak mau pertikaikanlah isu2 agama ni. Maka sesudahnya beliau berbuka, saya jemputlah dia ke ruang solat di pintu dua utk solat magrib..... Jawapannya, mana boleh tak masuk waktu lagi... Harap tuan punya blog boleh bagi pencerahan sikit kat sini.

    ReplyDelete
  2. bodoh tak masuk waktu lagi kau pi bukak puasa apesal..ak tau cabin crew punya keja mmg byk cabaran..org2 yg xpham atau depa saja dok buat xpham tu mmg kena ajaq sket..

    ReplyDelete
  3. Mmg betul tu shaharul.. di dalam ruang pesawat yg kecil dan ada rintangan air, adalah sepatutnya utk solat untuk menghormati waktu.. tapi ramai org tak tahu adanya solat menghormati waktu.. Islam sebenarnya mudah.. lepas mendarat sembahyang itu perlu diqadakan semula..

    ReplyDelete
  4. Mmg betul tu shaharul.. di dalam ruang pesawat yg kecil dan ada rintangan air, adalah sepatutnya utk solat untuk menghormati waktu.. tapi ramai org tak tahu adanya solat menghormati waktu.. Islam sebenarnya mudah.. lepas mendarat sembahyang itu perlu diqadakan semula..

    ReplyDelete