Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Friday, April 19, 2013

Eksekutif Baru



Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Setelah di tapis dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Kerana syarikat memerlukan hanya seorang pekerja, beliau begitu sukar memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk di temuduga. 

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, “saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan di terima untuk bekerja di sini.” 

Setelah menarik nafas seketika, CEO tadi menyambung bicara, “soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” 

Calon pertama yang bernama Cheah Teong Hin berkata, “FIKIRAN, kerana kadang kala ianya datang sendiri tanpa kita sedari.” 

“Bagus, satu jawapan yang baik,” kata CEO tadi. “Kamu pula?” tanyanya kepada calon kedua. 

“KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip,” jawab calon kedua yang bernama Neoh Kean Bin. 

“Satu jawapan yang sangat baik, lagi pun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan,” kata CEO itu. “Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga. 

“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan itu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,” jawab calon ketiga yang bernama Yap Soo Beng. 

“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

“Setelah di teliti jawapan calon-calon sebelum saya tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT,” jawab calon keempat yang bernama Tan Hock Lye dengan yakin sekali. 

“Hah? CIRIT-BIRIT? Kamu tak serius langsung. Macam mana kamu boleh minta kerja dengan syarikat saya?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi. 

“Begini tuan, biar saya jelaskan. Malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR, KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, cecair melekit itu terkeluar mendahului ketiga-tiga perkara tersebut.” 

Calon keempat di terima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.


Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, ‘Aku takut kepada Allah’, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”


1 comment: